Sebaik-baiknya lafazkan sumpah - Harun Taib KUALA TERENGGANU 22 Mac - Mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib. Beliau bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas. "Sepatutnya kena ada penyelesaian mengikut kaedah Islam. Bagi pihak yang mendakwa, mereka mesti ada bukti atau keterangan yang kukuh. "Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis menafikan penglibatannya dalam video itu. Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pembabitan pemimpin pembangkang berkenaan dalam video seks yang hangat diperkatakan sekarang. "Saya tak boleh komen pasal ini, sebab saya sendiri pun tak tengok lagi benda ini. "Tetapi saya khuatir semua dakwaan terhadapnya macam direka-reka. Kalau banyak sangat, ia dah jadi seperti rekaan," ujarnya. |
Wednesday, March 23, 2011
KETUA DEWAN ULAMAK PAS : ANUAR WAJAR LAFAZKAN SUMPAH
Label:
ISU DNA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment