Wednesday, March 23, 2011

LKIM : MEMANG WAJIB DI PANTAU NELAYAN...

LKIM pantau nelayan tidak lagi turun ke laut

MELAKA 22 Mac - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri akan terus membuat pemantauan terhadap nelayan yang tidak turun ke laut tetapi masih menerima bantuan elaun sara hidup RM200 sebulan.

Pengarahnya, Baharin Omar berkata, maklumat sedang dikumpul ke atas 1,174 nelayan bagi memastikan mereka masih layak untuk menerima elaun sara hidup itu.

Menurut beliau, LKIM telah mengenal pasti ada segelintir nelayan tidak turun ke laut kerana mereka tidak mengambil minyak subsidi berdasarkan laporan harian yang diterima.

''Secara logiknya, apabila nelayan tidak mengambil minyak subsidi dalam tempoh yang lama sudah tentu mereka ini tidak lagi turun ke laut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, laporan itu tidak boleh diambil kira sebaliknya LKIM perlu bertemu nelayan terbabit bagi mengetahui punca mereka tidak mengambil minyak subsidi.

Katanya, adalah tidak wajar tindakan diambil ke atas nelayan tersebut tanpa mengetahui masalah sebenar dihadapi oleh mereka.

Sehingga 31 Januari 2011, seramai 1,174 nelayan di negeri ini menerima elaun sara hidup merangkumi 922 pemilik bot serta kapal dan 252 awak-awak dengan jumlah keseluruhan RM2.6 juta.

Elaun sara hidup telah mula dilaksanakan pada Jun 2008 bertujuan untuk mengurangkan bebanan nelayan akibat kenaikan harga bahan api, peralatan nelayan dan juga daripada kesan kegawatan ekonomi dunia.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]