Wednesday, March 9, 2011

MELAKA MAJU 2010: Trem atasi kesesakan lalu lintas


Trem atasi kesesakan lalu lintas

MELAKA 8 Mac - Projek pembinaan sistem pengangkutan trem bernilai RM272 juta dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, projek itu yang akan mula dibina pada Mei ini dan dijangka siap Me 2012 akan memberi perkhidmatan dari Ayer Keroh hingga ke bandar Hilir.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri mendapati trem mampu mengatasi masalah kemasukan banyak kenderaan persendirian ke pusat bandar terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

''Trem dilihat sebagai satu sistem pengangkutan awam yang dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas yang kerap melanda di pusat bandar pada setiap hujung minggu.

''Kesesakan ini berpunca daripada kemasukan banyak kenderaan persendirian yang meningkat setiap masa dan keupayaan jalan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah tinggi kemasukan kenderaan," katanya.

Tian Loo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyung berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) mengenai usaha dan perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandaraya Melaka.

Mengenai kesesakan di Tol Simpang Ampat di Alor Gajah kata Tian Loo, bagi jangka pendek, Plus Expressways Bhd. (PLUS) telah menyediakan tambahan pondok pembayaran tol sementara bagi mengatasi masalah tersebut.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]