Tuesday, March 8, 2011

Merlimau: BN negeri intai tiga kerusi milik DAP

PPUBJ : Satu tindakan yang kena pada masa dan ketika. Nampaknya kena kerja 2 kali ganda lagi untuk memastikan kerusi DUN-DUN ini milik BN.

MELAKA 7 Mac – Barisan Nasional (BN) negeri ini yakin untuk merampas sekurang-kurangnya tiga daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi milik DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemenangan BN menerusi calonnya, Roslan Ahmad, 44, yang menang dengan majoriti 3,643 menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah memberi petanda awal rakyat sudah dapat menerima arus perubahan yang dibawa oleh BN.

Beliau yang juga Pengerusi BN Melaka berkata, momentum daripada kemenangan dengan majoriti yang cukup besar berbanding pada PRU 2008 itu, memperlihatkan arus perubahan pengundi Cina dan India sudah kembali ke pangkuan BN.

“Sokongan orang Melayu juga semakin meningkat dan ini dapat kita lihat apabila di semua tujuh peti undi, BN tidak kalah satu pun.

“Berdasarkan momentum perubahan rakyat terhadap BN, saya tidak menolak peluang BN untuk merampas sekurang-kurangnya tiga daripada lima kerusi DUN milik DAP adalah cerah,'' katanya kepada pemberita di Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis mengangkat sumpah Roslan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan perasmian persidangan Penggal Keempat DUN ke-12 yang disempurnakan oleh Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Katanya, jika trend kemenangan di Merlimau dapat dikekalkan, BN yakin untuk merampas semula DUN Bachang, Ayer Keroh dan Kesidang daripada genggaman DAP.

Mengulas mengenai kemenangan BN di Merlimau kata Mohd. Ali, pengundi daripada masyarakat India telah menyumbang sebanyak 85 peratus dan Cina pula dengan 60 peratus.

Menurutnya, berdasarkan kajian awal yang dilakukan mendapati seramai 1,200 daripada 1,512 pengundi India keluar mengundi manakala orang Cina yang keluar mengundi pula sebanyak 1,600 daripada 2,208 orang.

Sementara bagi pengundi Melayu pula katanya, hanya 1,500 daripada 6,927 telah memihak kepada Pas.

“Hanya 25 peratus tidak keluar mengundi dan saya difahamkan golongan ini adalah mereka yang berdaftar sebagai pengundi di sini tetapi berada di luar kawasan.

“Saya rasa mereka tidak pulang untuk mengundi kerana menganggap pilihan raya kecil ini sebagai tidak penting,” katanya.

Begitupun ujarnya, secara keseluruhan prestasi itu menunjukkan satu peningkatan yang cukup baik kerana BN mendapat sokongan penuh daripada seluruh masyarakat berbilang kaum di Merlimau.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]