Tuesday, March 22, 2011

PELAN PERALIHAN DAP : LKS - LGE - BC.....?

Tuesday, March 22, 2011


Mana Pelan Peralihan DAP Lim Kit Siang??


Tunjuklah mana pelan peralihan Lim Kit Siang???  Sudah lebih 32 tahun dia menjajah DAP, mengapa belum menyediakan pelan peralihan?? Kenapa begitu hebat mempersoalkan Ketua Menteri Sarawak padahal dia tidak memberi pelan peralihan kuasanya yang sudah tamat tempoh beberapa tahun lalu?  

Cakap tidak serupa bikinlah wahai penjajah DAP!!! Jangan hanya pandai menyelak kain Zulhaidah dan Violet Yong???!!!  Kalau berani minta DNA Anwar dan tunjuk siapa lagi berhak turun.  Pilihlah kamu atau Nik Aziz!!!!??

Agaknya kalau DAP memerintah memang perlu peluru Patriot untuk menurunkannya agar sedar pemerintahan kuku besinya sendiri!!!   Sedarlah kuku besi kamu sudah dirasakan dalam semua lapisan DAP!!!???  Kenapa begitu tamak sehingga tidak mahu memberi laluan kepada pelapis baru?!!  Oh ya lupa pelapis kamu agen Singapura!!!?? Tony Pua apa cerita? Orang macam inikah yang hendak dimasukkan ke dalam Malaysia?!!  
Lee Kwan Yew pun tidak mahu kepada Lim Kit Siang sehingga ditinggalkan untuk mengemis nasib di Malaysia!!!   Ada hati untuk berbaik kepada Singapura padahal dirinya sudah ditinggalkan bersama 3 juta kaum Cina yang tidak diperlukan oleh Lee Kwan Yew lagi!!!???
Ketua Menteri Sarawak telah menyediakan pelan peralihan yang akan berlangsung selepas Pilihan Raya Sarawak.  Saksikanlah wahai penjajah DAP bagaimana seorang pemimpin yang mulia menyerahkan kepimpinan kepada pelapis yang berkualiti.  Adakah DAP langsung tidak memiliki pelapis yang berkualiti seperti Barisan Nasional Sarawak???
21 Mac, 2011 18:41 PM

Barisan Calon BN Sarawak Akan Saksi Perubahan Besar Dalam PBB, Kata Taib

KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Barisan calon Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri akan datang yang dijadual diumumkan sehari sebelum penamaan calon, bakal menyaksikan perubahan besar dalam senarai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), daripada segi muka baru yang akan dicalonkan.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB berkata sudah menjadi amalan pengumuman senarai muktamad calon hanya dibuat selepas disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN pusat.

"Saya masih belum menerima senarai bagi tiga lagi parti komponen BN negeri tetapi kira-kira sesuku daripada 35 calon PBB adalah muka baru dan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2011 di sini, hari Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat di sini pada Rabu untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Dewan Undangan Negeri dengan 71 kerusi dibubarkan hari ini untuk diadakan pilihan raya negeri ke-10, dijangka bulan depan.

Ketika ini, BN menguasai 63 kerusi iaitu 35 daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12 manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Enam lagi kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-maing menguasai satu kerusi.

Kepada soalan siapakah yang mungkin dipilih sebagai pengganti beliau, Taib yang pada Sabtu lepas berkata yang beliau akan meletakkan jawatan pada pertengahan penggal baru, memberitahu pihak yang sangsi supaya melihat rekod beliau, terutamanya selama 30 tahun menerajui kerajaan negeri.

"Jika anda mengkaji kelakuan saya lebih 30 tahun lepas, saya tidak pernah berbohong atau bermain politik kotor," katanya semasa diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang behawa beliau bersikap "kabur dan terumbang-ambing" mengenai perancangannya untuk meletakkan jawatan, termasuk tidak menamakan penggantinya.

"Semasa pilihan raya, anda tidak mahu wujudkan isu. Saya mengambil sikap berdiam diri berbanding dengan DAP," kata Taib yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping dipertanggungjawabkan mengetuai kempen pilihan raya BN.

Sambil menyelar Lim, katanya: "Anda fikir saya bodoh (sehingga tidak mempunyai pelan peralihan)? Kenapa DAP tidak menamakan pengganti mereka?"

-- BERNAMA

Read more: http://mukapetang.blogspot.com/2011/03/mana-pelan-peralihan-dap-lim-kit-siang.html#ixzz1HHofu3DQ
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]