Tuesday, March 22, 2011

WAJAR KE SNAP TINGGALKAN FUKATAN RAKYAT ?

Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini memberi kata dua akan meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat jika kebuntuan dalam menyelesaikan agihan kerusi dengan PKR tidak dapat diselesaikan menjelang piihan raya negeri Sarawak akan datang.

snap pc kuching 050311Kedua-dua mereka, Snap dan PKR dikatakan sedang berebut kerusi luar bandar, termasuk 29 kerusiyang mempunyai majoriti pengundi Dayak. DAP dikatakan akan beri tumpuan kepada kerusi-kerusi dibandar-bandar.

Antara perbalahan itu adalah kenyataan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang dilaporkan sebuah portal berita bahawa rundingan akan dimulakan dengan “tidak lebih tiga kerusi” untuk parti itu.

Laporan yang sama, memetik Azmin sebagai berkata PKR bercadang meletakkan 52 calon daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. DAP pula dikatakan akan bertanding di 20 kerusi dan rundingan masih berterusan.

Pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, presiden Snap, Edwin Dundang berkata partinya pada dasarnya tidak bersetuju dengan PKR berhubung tawaran tiga kerusi itu.

snap pc kuching 050311 edwin dundang“Memandangkan PKR tidak setuju dengan pendirian kami (untuk meminta lebih kerusi), kami sedang memikirkan pelbagai pilihan, termasuk meninggalkan gabungan pembangkang,” kata Dundang.

Katanya, PKR juga membuat tuntutan bertindih di kerusi-kerusi yang diintai oleh DAP dan PAS.

“Jika PKR bertanding 52 kerusi, ini akan hanya tinggal 19 lagi kerusi untuk dibahagikan antara Snap, DAP dan PAS. Apa yang terjadi jika DAP mahu bertanding di 16 atau 17 kawasan Cina, jadi apa yang tinggal untuk Snap dan PAS?” soalnya.

Dundang menjelaskan atas semangat berbaik-baik, Snap bersetuju membenarkan PKR bertanding di kerusi majoriti Dayak di Ba'Kelalan di mana ketua PKR Sarawak, Baru Bian dijangka bertanding, sambil dengan gurau berkata bekas pemimpin Snap yang berpaling tadah ke PKR itu adalah “Dayak yang lebih baik.”

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]