Wednesday, March 30, 2011

PKR BOSAN DENGAN KERENAH DAN SYARAT SNAP


PKR tak mampu layan kerenah, syarat SNAP

Jika tuntutan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PAS hendak dipenuhi, hal ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menambah 45 kerusi lagi. Keseluruhan kerusi yang diminta oleh semua parti terbabit ialah 116 sedangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya mempunyai 71 kerusi.

Perundingan pengagihan kerusi menemui jalan buntu kerana masing-masing mendakwa mempunyai pengaruh dan kekuatan di kawasan yang dituntut. PKR berkeras mahu mencuba nasib di 52 kerusi, SNAP (40 kerusi), DAP (18 kerusi) dan PAS (enam kerusi).

Perbalahan antara PKR dan SNAP berkaitan pembahagian kerusi berlarutan apabila mereka membuat tuntutan bertindih di 23 kerusi

28 kerusi ialah majoriti Melayu-Melanau, 19 majoriti Iban, 15 majoriti Cina, enam kerusi Bidayuh dan tiga kerusi Orang Ulu. Dayak Sarawak terdiri daripada Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, manakala Orang Ulu pula terdiri daripada sekitar 25 etnik minoriti seperti Kelabit, Kayan, Kenyah, Kejaman, Penan, Bukitan dan Lahanan.

Dalam pilihan raya lalu, sebanyak 158 calon mencuba nasib. BN menampilkan 71 calon, DAP (12), SNAP (29), PKR (25), PAS (satu), dan Bebas (20).

Sebelum ini, SNAP berhasrat untuk bertanding di 40 kerusi terutamanya di kawasan majoriti masyarakat Dayak, manakala DAP mahu 18 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu bertanding di 52 kerusi. MACAM NI BELUM DAPAT KUASA SUDAH BERGADUH...


2011/03/30
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak mampu lagi melayan kerenah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang meletakkan pelbagai syarat dalam isu pembahagian kerusi untuk ditandingi dua parti itu.

Berikutan itu, mereka menyerahkan kepada pemimpin PKR pusat untuk mencari jalan penyelesaian dan pengumuman mengenai sebarang keputusan dijangka dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Grand Continental di sini, petang ini.
Pengerusi PKR negeri, Baru Bian, mengakui beberapa siri perbincangan yang diadakan dengan SNAP mengenai pembahagian kerusi itu selama ini menemui jalan buntu.

"Sekarang saya serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin pusat khususnya Tian Chua (Naib Presiden PKR) untuk meneruskan perbincangan dengan SNAP.

"Rundingan dengan SNAP memang masih terbuka, tetapi Ketua Umum (Anwar) akan mengadakan sidang media esok (hari ini) dan ada sesuatu yang penting beliau akan umumkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memperkenalkan Pusat Media PKR di Satok di sini semalam. Pusat media itu akan menjadi tempat persidangan media parti pembangkang pada jam 2 petang setiap hari sepanjang tempoh berkempen mulai 6 April ini.
SNAP sebelum ini menegaskan mereka sebenarnya yang lebih layak untuk berkuasa di Sarawak dan mengumumkan untuk bertanding di 40 kerusi dengan 27 daripada calonnya sudah diumum setakat ini.

Malah, SNAP turut meletakkan syarat jika PKR berhasrat bertanding di kawasan majoriti masyarakat Dayak, mereka harus menggunakan lambang SNAP.

Baru berkata, berbeza dengan SNAP yang menganggap mereka sebagai parti pembangkang dominan di Sarawak, DAP pula lebih bertolak ansur dan isu pembahagian kerusi dengan parti itu sudah diselesaikan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]