Baca dahulu laporan GTP - Muhyiddin KUALA LANGAT 29 Mac - Parti pembangkang ditempelak kerana hanya pandai mengkritik secara sembrono usaha kerajaan menggerakkan perubahan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) tanpa meneliti hasil yang telah berjaya dicapai. Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin meminta pemimpin pembangkang membaca dan mentelaah terlebih dahulu laporan GTP yang menekankan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebelum mengkritik kerajaan. ''Lim Kit Siang kata tidak nampak perubahan. Bacalah buku laporan GTP itu dahulu kerana soal transformasi bukan satu muslihat politik, tetapi ia adalah satu agenda demi kepentingan negara. ''Kadar jenayah di seluruh negara telah dapat diturunkan dan rakyat berasa selamat dan dari segi pendidikan misalnya kita telah memberi peluang 50,000 pelajar prasekolah dengan 1,000 kelas berjaya dibangunkan,'' katanya ketika berucap pada majlis Sarapan 1Malaysia di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang di sini hari ini. 'Kit Siang TAK baca laporan GTP' |
Wednesday, March 30, 2011
PEMBANGKANG TAKUT HILANG POPULARITI
Label:
GTP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment