Wednesday, March 23, 2011

PKR DAN SNAP KINI SEMAKN GENTING


‘Perlu guna lambang SNAP’
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

2011/03/23
Syarat kepada dua calon PKR jika mahu elak pertembungan

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian, perlu bertanding menggunakan lambang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) jika mahu menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'kelalan, kawasan yang dianggap ‘gerenti menang’ oleh pembangkang.

Turut ‘diarahkan’ berbuat demikian oleh SNAP ialah Naib Pengerusi PKR, Nicholas Bawin yang berhasrat bertanding di DUN Batang Air. Jika mereka enggan memenuhi syarat itu, SNAP yang berjuang atas dasar mahu menyatukan kembali masyarakat Dayak, akan meletakkan calon mereka, menyebabkan pertembungan sesama pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua kerusi itu yang majoriti pengundinya kaum Dayak, kini diwakili oleh BN, iaitu Nelson Balang Rining di Ba'kelalan dan Malcolm Mussen Lamoh di Batang Air.
Pengerusi SNAP, Edwin Dundang, ketika sidang akhbar mengumumkan 11 lagi nama calon parti itu berkata pihaknya sudah mempunyai dua calon untuk bertanding di kawasan kedua-dua berkenaan, namun atas dasar menghormati dua pemimpin PKR (Baru dan Nicholas), nama mereka tidak diumumkan lagi.

“Kita tidak mengumumkan calon di Ba'kelalan dan Batang Air kerana ia adalah kawasan panas dan difahamkan PKR dijangka mengumumkan nama Baru Bian dan Nicholas Bawin sebagai calon.

“Mereka berdua adalah contoh pemimpin Dayak, namun kami mahu Baru dan Nicholas bertanding atas tiket SNAP atas dasar penyatuan masyarakat Dayak yang kini berpecah,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung SNAP, Stanley Jugol.

Edwin berkata, jika PKR meneruskan hasrat meletakkan calon di kawasan yang sudah diumumkan SNAP, adalah jelas mereka tidak menghormati serta cuba sekali lagi memecahkan masyarakat Dayak.
“Dayak ketika ini berpecah. Mereka ada dalam empat parti komponen Barisan Nasional (BN) dan kini berpecah dalam parti pembangkang pula... SNAP mahu menyatukan mereka kembali kerana kami ‘lahir dan besar' di Sarawak,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]