Friday, March 11, 2011

PRN SARAWAK :Taib pejuang tanah Hak Adat Bumiputera

Taib pejuang tanah Hak Adat Bumiputera
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2011/03/11
Awang Tengah dedah KM pernah digugurkan dari kabinet kerana NCR

SERIAN: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pernah digugurkan dari kabinet negeri sekitar tahun 60-an kerana membangkang cadangan untuk menarik keistimewaan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Perkara itu didedahkan Menteri Pengurusan dan Perancangan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bagi menangkis dakwaan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, yang mengatakan kerajaan mahu merampas tanah NCR penduduk tertutama di luar bandar.
Apa yang terjadi ketika itu terdapat pihak yang cuba membentangkan bil bagi meminda undang-undang berkaitan pemilikan tanah NCR oleh masyarakat Bumiputera namun menyedari ia adalah aset penduduk luar bandar, mendorong Abdul Taib menentangnya sehingga beliau dipinggirkan.

Awang Tengah berkata, generasi muda mungkin tidak menyedari keadaan ini dan kemudian terpengaruh dengan Baru yang cuba menjadi jaguh mempertahankan pemilik tanah NCR yang kononnya mahu dirampas kerajaan.

“Ketua Menteri adalah pejuang tanah NCR apabila beliau mempertahankan kawasan berkenaan kekal dimiliki penduduk Bumiputera di Sarawak sedangkan ada pihak yang cuba memindanya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Cek Pampasan dan Surat Hak Milik Tanah, di sini, semalam.

Mengulas dakwaan Baru bahawa Barisan Nasional (BN) bakal 'mengitar semula' calon pada pilihan raya negeri akan datang, beliau berkata, pembangkang turut mengamalkannya dan Baru sendiri adalah calon 'kitar semula' kerana sudah tiga kali tewas.
“Baru tidak faham maksud sebenar, BN tidak 'mengitar semula' calon tetapi kita menggunakan kaedah calon yang boleh menang akan diutamakan.

“Mungkin pembangkang tidak sedar Baru kalah tiga kali, termasuk ketika menentang saya di DUN Lawas,” katanya.

Awang Tengah berkata, majoriti pengundi di DUN Lawas adalah masyarakat Lun Bawang sama seperti Baru tetapi beliau tewas kerana pengundi memahami bahawa BN bukan hanya pandai bercakap tetapi mengotakan setiap janji untuk kesejahteraan rakyat.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]