Monday, March 21, 2011

SARAWAK JANGAN JADI SELANGOR KE DUA ?

Sarawak milik siapa?


Hari ini DUN negeri dibubarkan. Kempen Pilihanraya telah mula dihidupkan. Rakyat Sarawak bakal menjadi penentu kerajaan penaungnya. Pilihanraya kali ini akan menjadi catatan dalam sejarah. Tidak pernah berlaku sebelum ini komponen BN ditentang PR dalam percaturan satu lawan satu di semua 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

PR akan melancarkan kempen pilihanraya secara besar-besaran. 99% daripadanya merupakan serangan, memfokuskan kelemahan pemimpin dan dasar kerajaan untuk meraih sokongan rakyat. Cukup bijak mereka 'divert isu' bagi menutup kekurangan sendiri, yang kita sedia maklum tidak memerlukan modal dalam berbuat kebajikan kepada rakyat.

Inilah yang dipraktikkan dalam semua kempen-kempen pilihanraya di semenanjung, mengharapkan sokongan rakyat kepada mereka berdasarkan falsafah 'PR kurang buruk berbanding kerajaan'. Di Sarawak, mereka mengharapkan keajaiban untuk menang dengan cara ini. Itulah bakal menentukan hidup mati PR dalam impian untuk merampas Putra Jaya pada PRU13 nanti.

Pandangan rajahmas, dua sebab utama mengapa PR MESTI menang pilihanraya di Sarawak.
  1. Memantapkan sokongan moral ahli-ahli mereka dan untuk meyakinkan perjuangan PR relevan dan diterima rakyat.
  2. Dapat menggunakan hasil kerajaan negeri untuk persiapan PR menghadapi PRU13 yang kini mengalami masalah kekurangan dana.
Faktor moral dan hasil kekayaan negeri telah memberi peransang kepada PR untuk menjadikan Sarawak sebagai sasaran penting jentera kempen mereka. Bukan kerana hendak membela nasib Dayak. Jangan terkeliru, PR sekali-kali tidak berniat mengekalkan hak tanah NCR untuk masyarakat pribumi. Ia tidak pernah termaktub walau satu bahagian pun dalam agenda mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat.

Secara logiknya bagaimana DAP mengiktirafkan hak bumiputra masyarakat Dayak? Bukankah jelas DAP menuntut hak kesamarataan? Siapa yang sebelum ini melabelkan bumiputra sebagai Aparthied Malaysia? Dan dari mana datangnya tanggapan bahawa PKR mengutamakan kaum Dayak sedangkan pemimpin berbangsa Dayak tidak seorang pun layak menjadi ahli Majlis Tertingginya?

Mereka (PKR pusat) itulah wakil semenanjung yang ingin menguasai Sarawak secara mutlak tanpa perlunya pemimpin tempatan. Atas sebab itu, Baru Bian dilantik untuk mengepalai gerakan PKR Sarawak sekalipun tidak mempunyai apa-apa jawatan melainkan sebagai ahli PKR sahaja.

Kita telah menyaksikan bagaimana Khalid Ibrahim digugurkan daripada jawatan Ketua PKR negeri dalam sekelip mata oleh Azmin Ali sekaligus menjadikannya seorang MB yang tidak berkuasa melainkan hanya atas kapasiti PKR sebagai ketua kerajaan di Selangor. Dari sini kita membuat satu kesimpulan, Baru Bian juga telah dirancang untuk disingkirkan oleh pakatan Anwar, Azizah dan Azmin apabila PKR mengambil alih kerajaan negeri Sarawak kelak.

PKR tidak pernah mengiktiraf kepimpinan pemimpin tempatan, apa lagi yang tidak sehaluan dengan Anwar dan Azmin. Lihat pembangkang SAPP di Sabah dan SNAP di Sarawak. Di mana kedudukan parti itu dalam PR sekarang? Kemudian fikirkan bagaimana Wan Azizah boleh menjadi ketua PKR Sabah (setelah keluarnya Pajuddin Nordin) dan Azmin Ali sebagai ketua PKR Selangor? Inilah perancangan mereka....

Masa depan negeri Sarawak ditentukan oleh rakyat Sarawak. Merekalah yang akan menentukan siapa yang layak menjadi ketua kerajaan sendiri. Bukan ditentukan oleh parti daripada Semenanjung seperti PKR yang daripada awal-awal lagi sudah melantik diri sebagai 'Bakal CM pengganti Taib'. Berambuslah pembangkang Melaya daripada tanah Sarawak.

Semoga Negeri Sarawak akan terus dipegang dan dilindungi daripada kepimpinan parti yang tercemar dengan amalan korupsi, budaya samseng, kronisme dan nepotisme seperti yang berlaku di Selangor sekarang

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]