Wednesday, March 16, 2011

TAHNIAH ADUN SERKAM


Ghazale dilantik Exco baru dalam rombakan kecil Melaka

MELAKA 14 Mac – Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad dilantik sebagai Exco baru dalam rombakan kecil pentadbiran kerajaan negeri.

Ghazale yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri akan mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri esok.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bagaimanapun tidak memaklumkan portfolio yang disandang oleh ADUN berkenaan.

“Pelantikan Ghazale sebagai Exco telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd. Khalil dan semua Exco yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tiket penerbangan balik kepada kumpulan kedua seramai 104 pelajar kelahiran Melaka yang belajar di Mesir di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Pelantikan Exco baru itu adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas ADUN Merlimau, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang meninggal dunia 20 Januari lalu.

Menurutnya, pelantikan Ghazale sebagai Exco dibuat berdasarkan sumbangan dan komitmen beliau pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

“Beliau adalah antara ADUN yang bekerja kuat pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau lalu,” katanya.

Selain pelantikan Ghazale, katanya, rombakan portfolio Exco akan turut dilakukan bagi mewujudkan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang mempunyai kepelbagaian kebolehan mengendalikan tugas masing-masing.

Kata beliau, Ghazale akan menghadiri mesyuarat Exco pertamanya Rabu ini dan mengalas tugas portfolio baru yang akan diumumkan nanti.

“Rabu nanti, semua Exco tahu jawatan dan tugas portfolio baru masing-masing,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]