Wednesday, March 16, 2011

SPR tunggu pengisytiharan bubar DUN Sarawak




SPR tunggu pengisytiharan bubar DUN Sarawak

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 14 Mac - "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya tunggu pengisytiharan sahaja, kita tahu sudah tak lama lagi akan diumumlah tu."

Demikian reaksi Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof ketika ditanya sama ada pihaknya telah mendapat 'isyarat akhir' daripada kerajaan negeri Sarawak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10.

Menurut Abd. Aziz, SPR telah bersiap sedia dari segi keperluan logistik untuk mengendalikan pilihan raya di negeri tersebut.

"Peruntukan bajet yang dipohon daripada Kementerian Kewangan sekitar RM45 juta.

"SPR akan membuka sejumlah 1,716 pusat mengundi di seluruh Sarawak dengan sebahagian besar melibatkan sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abd. Aziz berkata, sebanyak 71 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi akan dibuka selain 20 pusat pengiraan undi berkelompok melibatkan pengundian kawasan-kawasan terpencil dan pedalaman.

"Sejumlah 14,929 petugas pilihan raya pelbagai kategori turut dilantik dengan kita juga mengenal pasti 71 orang pegawai pengurus dan 172 orang penolong pegawai pengurus.

"Jumlah pemilih berdaftar di seluruh Sarawak yang disahkan pada Disember 2010 adalah seramai 986,285 orang, insya-Allah daftar ini akan digunakan jika DUN dibubarkan akhir bulan ini atau awal April," katanya.

Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan bulan depan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]