Tahniah kepada PAS Kelantan kerana telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya betul tanggapan kami bahawa “PAS adalah keldai” kepada PKR dan DAP di dalam hubungan terlarang,
Pakatan Haram! Ini adalah memandangkan kepada keputusan PAS Kelantan untuk mengkaji semula keputusan Kerajaan PAS itu tentang pengharaman judi loteri di negeri “Serambi Maksiat” itu.
Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz Nik Mat, Ahmad Fadhli Shaari telah mengumumkan bahawa PAS Kelantan akan mengkaji semula pengharaman judi loteri di negeri itu selepas Mursyidul Am PAS itu di”belasah” oleh Anwar Ibrahim dan DAP.
Anwar dan beberapa pemimpin DAP mengkritik keras keputusan PAS Kelantan kerana mengharamkan judi loteri di negeri itu dan meminta Nik Aziz supaya merujuk kepadanya dan DAP sebelum membuat apa-apa keputusan di negeri yang dijajah oleh Pakatan Rakyat.
Yang menariknya, kritikan itu dibuat Anwar dihadapan beberapa pemimpin PAS dan DAP pada satu sidang akhbar. Lebih menarik lagi, pak-pak lebai PAS yang ada bersama Anwar ketika itu hanya “bisu seribu bahasa”, bak “lembu di cucuk hidung” pula, mereka hanya mengiyakan kata-kata Anwar itu.
Pelik bin ajaib apabila sesuatu yang sangat bersangkutan dengan hukum Islam perlu dirujuk kepada DAP terlebih dahulu. Perkara tentang Islam perlu dirujuk kepada mereka-mereka yang menolak Islam secara total? Nampaknya Anwar sememangnya lebih sayangkan DAP berbanding PAS.
Insiden ini jelas menunjukkan Pakatan Haram “jadah” ini mengamalkan sistem “kasta” di dalam pakatan mereka. PKR dan DAP tentunya berada di kasta paling atas dan mulia. Manakala PAS yang terkenal dengan “tidur atas jalan sambil pegang bendera” itu mungkin berada di kasta paling hina! |
No comments:
Post a Comment