28 wakil rakyat kena dakwa 17 pembangkang terbabit Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Shaarani Ismail 2011/03/24 KUALA LUMPUR: Seramai 28 wakil rakyat didakwa dengan pelbagai tuduhan serta kesalahan jenayah di Mahkamah Jenayah sejak 2001, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Katanya, daripada jumlah itu seramai 17 wakil rakyat pembangkang membabitkan 10 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga PAS dan empat DAP. Katanya, wakil rakyat berkenaan termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei dan tiga bekas ahli PKR, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan Nagapan; ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu. ADUN Kota Damansara, Mohd Nasir Hashim; Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang; Ahli Parlimen Gombak; dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa K Rasiah serta bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Ramli Ibrahim. “Tiga wakil rakyat dari PAS juga pernah didakwa di Mahkamah Jenayah, iaitu Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Dr Lo'lo Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) dan Mohd Apandi Mohamad (Ahli Parlimen Jeli). “Dalam DAP, empat wakil rakyat didakwa dengan kesalahan jenayah Liew Tian Khiew (ADUN Pandamaran), Voon Lee San (ADUN Batu Lintang, Kuching), Tony Pua (ADUN Petaling Jaya Utara) dan Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku),” katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut). di Dwan Rakyat, semalam. Katanya, Barisan Nasional (BN) pula membabitkan 11 wakil rakyat sudah didakwa di Mahkamah Jenayah meliputi tujuh dari UMNO, seorang Gerakan dan tiga MCA. Wakil rakyat UMNO, Datuk Seri Dr Khir Toyo (ADUN Sungai Panjang), Abd Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam), Suhaili Abdul Rahman (bekas Ahli Parlimen Labuan 1999-2008). Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor (bekas ADUN Semenyih 2004-2008), Mustafa Salim (ADUN Lenggeng), Datuk Omar Othman (bekas ADUN Jelai) dan Datuk Azman Mahalan (bekas ADUN Tapah). Wakil rakyat Gerakan Yap Soo Sun (ADUN Serdang), manakala MCA pula Tun Dr Ling Liong Sik (bekas Ahli Parlimen Labis, Johor), Tan Sri Chan Kong Choy (bekas ADUN Selayang) dan Ng Kim Lai (bekas ADUN Mengkibol, Kluang). “Berdasarkan statistik itu, 33 kes sudah dituduh, satu kes peringkat sebutan, 13 kes (perbicaraan), dua kes (hujahan) dan dua kes dijatuhkan hukuman. “Sebanyak sembilan kes dilepaskan dan dibebaskan, serta ada 10 rayuan dibuat terhadap kes yang sudah dibicara,” katanya. |
Thursday, March 24, 2011
TUU DIA : MARI BACA SAMA-SAMA......
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment