SEBANYAK RM377.8 juta caruman tidak dituntut daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 31 Disember tahun lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata, caruman itu membabitkan 188,733 ahli KWSP yang berumur 75 tahun ke atas.
“Bagaimanapun, maklumat mereka adalah tidak lengkap kerana rekod pencarum yang terdahulu tidak ada maklumat negeri.
“Umpamanya daripada 188,733 pencarum berumur 75 tahun ke atas itu, hanya 1,960 yang boleh dikenal pasti mengikut negeri.
“Sebanyak 186,773 kes pencarum yang tiada maklumat negeri membabitkan RM358,219,789," katanya menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan).
Pencarum boleh dikenal pasti itu meliputi Selangor yang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 340 kes membabitkan RM6,593,795. Johor (124 kes - RM388,385), Kedah (101 kes - RM59,044), Kelantan (26 kes - RM31,885),Melaka (33 kes - RM1,187,238) , Negeri Sembilan (43 kes - RM59,466), Pahang (76 kes - RM408,961), Perak (141 kes - RM1,096,879).
Pulau Pinang (148 kes - RM2,377,578), Sabah (236 kes - RM358,102), Sarawak (371 kes - RM3,098,987), Terengganu (41 kes - RM80,268) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (280 kes - RM3,858,952).
No comments:
Post a Comment