Friday, April 8, 2011

AIR OH AIR DI KELANTAN

200 penduduk berpiket bantah kegagalan AKSB bekal air


SEBAHAGIAN penduduk yang diwakili anggota pertubuhan bukan kerajaan berpiket secara aman di hadapan pejabat AKSB di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.


PASIR PUTEH 7 April - Lebih 200 penduduk termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpiket secara aman di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di sini hari ini bagi membantah kegagalan syarikat berkenaan membekalkan air mencukupi kepada 11,500 pengguna di daerah ini.
Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Kelab Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Pasir Puteh, Mohd. Rusli Jusuh mengadakan perhimpunan selama setengah jam bermula pukul 9 pagi sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Jabatan Operasi Perkhidmatan Pelanggan AKSB, Che Asri Awang.
Memorandum bantahan itu ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama pada majlis penyerahan memorandum bantahan itu ialah bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Che Min Che Ahmad.
Mohd. Rusli ketika ditemui pemberita berkata, memorandum itu antara lain turut membantah caj AKSB yang tinggi tetapi tidak setimpal dengan perkhidmatan disediakan.
Beliau mendakwa, sebahagian besar caj yang dikenakan adalah berdasarkan bayaran tekanan angin menerusi pili, bukannya penggunaan bekalan air.
"Ekoran kegagalan ini, penduduk Pasir Puteh mendesak Kerajaan Pas Kelantan dan AKSB menyerahkan pengurusan air di Kelantan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.
"Langkah sedemikian adalah satu penyelesaian terbaik. AKSB sebelum ini gagal berfungsi dengan baik sehingga membebankan pengguna termasuk pelajar, peniaga kecil dan orang ramai yang menganggap air adalah keperluan utama," katanya.
Sementara itu, Che Asri dalam sidang akhbarnya memohon maaf bagi pihak AKSB kepada penduduk terbabit dan meminta pengguna berjimat cermat menggunakan air.
Menurutnya, bekalan air terputus disebabkan paras air Sungai Rasau yang menjadi punca utama bekalan loji rawatan air di Wakaf Bunut surut secara mendadak sehingga loji berkenaan gagal berfungsi dengan sempurna.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]