Friday, April 8, 2011

JAWAPAN KEPADA USUL LGE.....


Abu Kassim tak perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR 7 April - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan malah operasi 3B yang sedang dijalankan agensi itu juga akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, peletakan jawatan Abu Kassim tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

"Kenapa perlu beliau letak jawatan? Apa yang berlaku tidak langsung dijangka dan ia bukan kehendak SPRM.

"Saya tidak setuju dengan desakan itu. Apa yang penting kita tunggu hasil siasatan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Sarbani ialah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Mohamed Nazri berkata, kes tersebut masih dalam siasatan polis dan sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas siasatan selesai.

Beliau menegaskan, Operasi 3B akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemonstrasi berhubung perkara itu.

Menurut Mohamed Nazri, kerajaan tiada masalah untuk mencari kebenaran berhubung punca kematian pegawai kastam itu dengan menubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya terdapat keperluan.

"Walau berlaku piket atau protes oleh siapa sekali pun, siasatan tetap diteruskan. Kita tidak hirau kerana apa yang penting adalah kehilangan wang akibat perbuatan sesetengah kakitangan Kastam. Kakitangan yang betul, baguslah tetapi mana yang tidak betul, tindakan akan tetap diambil.

"Kerajaan tidak abaikan kes kematian ini kerana kita juga mahukan kebenaran. Jika ada suruhanjaya diraja dalam kes Teoh Beng Hock, mengapa tidak dalam kes ini? Saya rasa tiada masalah kerana ia melibatkan kepentingan umum dan saya akan bawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet esok," katanya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan kerja dua pegawainya yang meninggalkan penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed seorang diri, sebelum dia ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.

NONEMenurut kenyataan SPRM hari ini, dua pegawai SPRM itu ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar engkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.

Ia ekoran mereka dikatakan gagal berada bersama saksi/pelanggan sepanjang masa ketika saksi/pelanggan berada dalam premis SPRM.

Proses tahan kerja itu, kata SPRM, adalah bagi membantu melicinkan siasatan dan ditahan kerja sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menahan kerja itu dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataertib) (Pindaan) 2002, untuk penyiasatan.

Apabila selesai, hasil siasatan dalaman itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM.

Terma rujukan jawatankuasa aduan itu adalah untuk memantau pengendalian oleh suruhanjaya akan aduan mengenai salahlaku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya.

Ia juga untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan patut.

Semalam, kira-kira pukul 10.15 pagi, Ahmad Sarbani, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.

Sebelum itu, Ahmad Sarbani yang datang sendiri ke pejabat itu telah diiringi seorang pegawai untuk bertemu pegawai penyiasat namun pegawai tersebut telah meninggalkan mangsa dan keluar sebentar bagi mendapatkan pegawai penyiasat.

Namun dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa tiada dalam bilik berkaitan dan setelah mencari di kawasan itu, terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat berkenaan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]