Rakyat Sarawak tidak sewajarnya menerima nasib sebagaimana rakyat Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Percayalah semakin banyak pengumuman kejayaan program-program transformasi kerajaan, semakin resah parti-parti pembangkang dan semakin banyaklah risalah-risalah kotor disebarkan. Khabarnya Perdana Menteri dan timbalannya akan terus berada di sini sehingga penghujung kempen. Ini bukanlah khabar menggembirakan bagi DAP dan PKR. Slogan Jom Ubah nampak cantik dan bunyinya enak. Tetapi kesannya sangat besar kepada orang Cina Sarawak. Jika para pengundi Cina membulatkan tekad menolak calon SUPP dan memilih wakil rakyat DAP kali ini, apa yang pasti orang Cina kehilangan kesemua wakil dalam kerajaan negeri secara total. Jika sebelum ini, SUPP menjadi suara bagi orang Cina, kali ini mereka sudah tiada apa-apa lagi. Sekadar rekod, SUPP sebelum ini diperuntukkan jawatan Timbalan Ketua Menteri, satu menteri penuh dan empat pembantu menteri dalam Kabinet negeri. Mengambil kira andaian SUPP tewas semua kerusi kali ini, buat pertama kali juga orang Cina terpaksa berharap kepada kaum lain untuk memperjuangkan hak mereka. Senario menjadi semakin buruk jika pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan negeri. Seorang ahli perniagaan Cina yang enggan dikenali melontarkan pertanyaan ini: ‘‘Bolehkah DAP menjadi wakil kepada kaum Cina sedangkan mereka tidak berada di dalam Kabinet negeri? ‘‘Mereka hanya boleh membuat bising sahaja di dalam sidang dewan.’ Seperkara lagi orang Cina perlu menyedari DAP dan PKR adalah parti dari Semenanjung yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka tidak ikhlas. Mereka sangat mengharapkan gelombang di Sarawak ini menjadi modal untuk terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang. Dengan hanya tinggal dua hari lagi sebelum hari pengundian, masih tidak terlambat bagi pengundi Cina untuk berfikir tentang masa depan mereka di negeri ini |
Thursday, April 14, 2011
INGATAN KEPADA PENGUNDI SARAWAK!!!!!!!!!
Label:
PRN SARAWAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment