Raja Petra dakwa "diperkuda" Anwar ? KUALA LUMPUR 13 April – Raja Petra Kamaruddin yang malam ini muncul dalam Buletin Utama membuat pengakuan dipergunakan untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, sebelum ini dikenali sebagai penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengendali portal propembangkang, Malaysia Today berusia 60 tahun itu ialah antara individu yang terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal penubuhannya. Komitmennya dalam perjuangan pembangkang khususnya Anwar menyaksikan beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu pada 2001 dan 2008. Namun, sejak November tahun lalu, Raja Petra dilihat menjadi senjata makan tuan buat Anwar apabila mula menyerang Penasihat PKR itu dalam portal kendaliannya berhubung isu pemilihan parti. Sebulan sebelum itu beliau sudah membayangkan perubahan pendiriannya apabila pada satu majlis di London yang turut dihadiri Anwar, Raja Petra secara terbuka mengancam untuk menghentikan sokongan terhadap pihak pembangkang. Beliau mengubah pendirian kerana mendakwa pembangkang gagal menunaikan janji walaupun menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Raja Petra sebelum ini menjadi `buruan’ apabila menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 2008 sebelum itu dibebaskan apabila Mahkamah Tinggi mendapati penahanannya tidak sah. |
Thursday, April 14, 2011
Raja Petra dakwa "diperkuda" Anwar ?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment