Thursday, April 14, 2011

PRN SARAWAK : DAP CUTI DI PENANG DAN PERAK ?

Nga Kor Ming 'ponteng' sidang DUN pula

IPOH 13 April - Belum reda isu penampilannya yang berlainan pada majlis pembukaan Dewan Undangan Ngeri (DUN) Ke-12 semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila 'ponteng' sesi Dewan hari ini.Begitu juga dengan Setiausaha Agungnya yang berada di Sarawak tinggalkan Penang.

ADUN berkenaan dikatakan 'ponteng' semata-mata mahu berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berkata, walaupun apa jua alasan untuk berkempen termasuk mempunyai jawatan dalam parti, Kor Ming sepatutnya mengutamakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kerana ia merupakan amanah yang diberikan kepadanya.

"Hari ini kita lihat ADUN Pantai Remis lebih pentingkan kemenangan di Sarawak berbanding kepercayaan pengundi di kawasannya. Pada saya, beliau seorang pemimpin tidak bertanggungjawab.

"Sekiranya Kor Ming memberi alasan menjalankan tanggungjawab pada parti, maka saya juga harus pergi (berkempen) kerana saya adalah Ketua Penerangan Wanita Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.

Kor Ming mencetuskan kontroversi apabila tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Keempat DUN Perak oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semalam.

Menjawab dakwaan pembangkang kononnya BN sengaja menunda sidang DUN yang sepatutnya berlangsung pada 5 April lalu kerana mahu menghalang mereka berkempen di Sarawak, Hamidah berkata, ia berpunca daripada tindakan pembangkang sendiri.

Sementara itu Speaker, Datuk R. Ganesan berkata, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab, Kor Ming sewajarnya hadir pada persidangan hari ini bagi membahaskan isu-isu berkaitan rakyat di kawasannya.

"Sepatutnya peluang ini digunakan untuk mengupas isu-isu dalam negeri dan kawasannya tetapi dia nampaknya lebih berminat berada di Sarawak," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan dikenakan ke atas Kor Ming kerana perbuatannya semalam, Ganesan berkata, tiada tindakan yang akan diambil tetapi wakil rakyat DAP itu dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]