Tunjukkanlah Jam Omega Itu, Kami Nak Tengok…!! Apa beza seorang yang jujur dengan seorang pembohong? Apa kesan domino terhadap seorang pembohong?
Bila awal-awal lagi kita sudah berbohong, maka cakap-cakap seterusnya tidak mungkin lagi benar.
Kalau laki pergi Siam tapi kita cakap dengan bini pergi Kota Baru, itu adalah pembohongan yang paling awal sekali. Bila bini tanya lagi kenapa tak singgah kat Pasar Zubaidah belikan batik. Laki kata Pasar Zubaidah tak buka masa abang datang. Itu pembohongan ke dua yang terpaksa dilakukan kerana hasil dari pembohongan pertama.
Bila bini tanya lagi kenapa telefon abang tak dapat. Laki jawab bateri ‘kong’.
Begitulah seterusnya episod menipu dan berbohong jika kita awal-awal lagi sudah bohong. Episod seterusnya juga secara automatik akan terus memaparkan slot-slot pembohongan.
Bila ditanya betulkah saudara pelakon lelaki dalam penggambaran filem itu. Dia kata bukan dia.
Kalau begitu, di mana saudara ketika pengambaran itu? Dia kata sedang bersama famili sambil bertweeter. Bila ditanya lagi kenapa tweeter sdr tidak aktif malam kejadian selama 2 jam? Kantoi…
Bila ditanya soalan tambahan, Jam omega ada di tangan seseorang. Saudara mintak tolong dia ambilkan. Betul ke? Dia jawab, dia tidak kenal orang itu dan jawab lagi jam ada disimpan oleh isterinya.
Lantas ditanya pula kepada isteri, betul ke jam Omega tu puan yang simpan. Betul katanya. Bolehkah puan tunjukkan jam yang dimaksudkan? Kenapa mesti saya tunjuk? Kamu bukan pendakwa raya kata bininya. Kantoi lagi.
Tapi ia hanya dianggap kantoi oleh mereka-mereka yang tahu lelaki ini sedang berbohong. Bagi yang tidak percaya mereka akan kata, “nah tengok..Itu bukan ke isteri dia sendiri yang cakap”. Mana mungkin isteri tidak tahu hal-ehwal suami luar dan dalam.
Penyaksian isteri sudah cukup untuk mengatakan semua ini adalah rekayasa. Mana ada isteri yang sanggup melihat kecurangan suami jika benar lelaki ini telah melakukannya?
Pertanyaan dan jawaban ini berakhir seperti sebahagian slot pengambaran filem Seniman Bujang Lapok.
SULTAN, Apabila tafsiran mimpi yang dialaminya didapati merugikannya, maka sang sultan telah menyelewengkan sendiri fakta mimpinya dengan mengatakan akhirnya ‘taik’ itu sebenarnya telah terkelepuk ke muka tuan direktor.
Dalam kes lelaki ini juga begitu. Apabila jawaban gagal dikemukakan dengan bukti yang nyata, lelaki ini terus menuduh ini semua adalah “gutter politic” yang dijalankan oleh pucuk pimpinan tertinggi untuk menjatuhkannya yang memang sudah sedia jatuh.
Jika awal-awal lagi lelaki ini bercerita dengan jujur dengan andaian memang dia tidak melakukan seperti mana yang dituduh, maka jalan cerita dan jawapan yang diberikan bukanlah seperti mana yang dijawab tadi.
Jawapan yang diberikan mungkin akan dibekalkan dengan buktinya sekali seperti menunjukkan masa bertweeter pada masa penggambaran itu berlaku.
Jawapan kepada soalan seterusnya mungkin lebih mudah untuk membuktikannya, iaitu dengan cara awal-awal lagi menunjukkan jam omega yang dimaksudkan kepada wartawan.
Jika lelaki ini cekap memberi hujah dan jawapan balas sebegini lengkap dengan bukti, mungkin Dato T sudah lebih seminggu lebih disumbat ke dalam jail kerana memfitnah dan menyebar bahan lucah.
Soalan seterusnya, kenapa berlaku ketidakcekapan dalam mempertahankan diri dalam soal ini, walhal lelaki ini boleh melakukannya dengan mudah, iaitu hanya dengan menunjukkan tweeter yang selari dengan hujah yang diberi dan menunjukkan telur jam omega yang ori?
Akibat dan kesan dari ketidakcekapan yang dilakukan oleh lelaki ini bukan sikit. Hari ini seluruh rakyat sudah jadi biol. Ulamak pun pening, inikan rakyat jelata.
Ubat kepada penyakit biol dan pening ini hanya ada pada lelaki ini. Cukup dengan hanya menunjukkan jam omega, semua penyakit akan hilang dan rakyat akan bersatu membela lelaki ini.
Tuhan tidak mengubah nasib seseorang hamba itu jika hamba itu sendiri tidak mahu mengubahnya. Jadi lelaki ini tolonglah usaha sedikit untuk mengubah nasib, jika lelaki ini benar-benar mahu mengubah nasibnya kepada lebih baik.
Tunjukkanlah jam omega. Tolonglah kami rakyat nak tengok.
Kamarulzaman Kamdias |
No comments:
Post a Comment