Monday, April 11, 2011

PESANAN KEPADA PENGUNDI SARAWAK

Sebelum Undi Nilai Manifesto Pembangkang Di Selangor, Pulau Pinang & Kedah
0Share

BINTANGOR , 11 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin berharap para pengundi tidak akan terpengaruh dengan janji-janji yang ditaburkan parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

“Di sini, ia soal ‘bread and butter’. Soal pendapatan kita. Itu perlu dijadikan perhatian,” katanya pada majlis ‘Rakyat Bersama Pemimpin’ di Gelanggang Bola Keranjang di sini hari ini.

Beliau berkata bagi Barisan Nasional (BN), komitmennya adalah untuk memastikan Sarawak terus maju sepenuhnya bukan separuh hati, tanpa mengira kaum.

Malah sebelum pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang telah membuat pelbagai janji manis dalam manifesto mereka tetapi setelah berkuasa di empat negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, banyak daripada janji ini tidak dipenuhi, katanya.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, AnggotaParlimen Sarikei Ding Kuong Hiing dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) kawasan Meradong Ling Kie King serta DUN Semop Abdullah Saidol.

Muhyiddin berkata sebagai contoh, DAP berjanji untuk memberi bantuan penuhkepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan di Pulau Pinang tetapi setelah memenangi pilihan raya, mereka hanya memberi bantuan sebanyak RM2 juta sahaja.

“Baru-baru ini saya di Kuching, saya hulurkan bantuan kepada sekolah Cina hampir RM20 juta. Lim Guan Eng hanya bagi RM2 juta tetapi kita sudah bagi lebih daripada dia,” katanya.

Muhyiddin juga berkata bagi kawasan DUN Meradong, kerajaan telah memperuntukkan RM85.4 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), bagibeberapa projek kecil dengan RM1.4 juta akan dibelanjakan sepanjang tahun ini, dan selebihnya sepanjang tempoh pelaksanaan RMK-10.

Sementara itu, Ding dalam ucapannya berkata penduduk Meradong sungguh berbangga dengan lawatan Muhyiddin kerana sebelum ini tidak pernah ada pemimpin tertinggi negara melawat kawasan itu.

Selepas majlis itu, Muhyiddin mengadakan tinjauan mesra di sekitar Bintangors ebelum meluangkan masa untuk makan tengah hari di gerai Bumiputera di MajlisDaerah Meradong-Julau.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]