Monday, April 11, 2011

Masihkah Wan Azizah Berharap Anwar Akan Bertaubat…??

Masihkah Wan Azizah Berharap Anwar Akan Bertaubat…??

Entah mengapa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan memberitahu tentang yang haq, dan menafikan yang batil. Meskipun ini adalah sifat sebenar Parti “Kelentong” Rakyat sejak ditubuhkan, namun mereka masih lagi menafikan tanggungjawab kepada rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tentang seutas jam tangan berjenama Omega.
Wan Azizah, isteri kepada pemimpin “anugerah Tuhan” berpeluang untuk menunjukkan bukti bahawa jam tangan Omega itu ada padanya, sebagaimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.
Namun, entah mengapa, Wan Azizah kelu, marah dan “kantoi” apabila ditanya wartawan yang bertanyakan padanya tentang jam tangan tersebut, dan enggan menjawab soalan tersebut.
Malah, Wan Azizah bertanya pula pada wartawan, mengapakah perlu dia menunjukkan jam tangan Omega tersebut kepada wartawan dan umum? Apa punya bodoh soalan Wan Azizah itu. Apakah dia tidak punya alasan untuk diberikan kepada wartawan yang bertanya?
Seharusnya, Wan Azizah sudah lama menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan Anwar berada di dalam simpanannya kepada wartawan dan umum.
Ini adalah penting untuk membuktikan bahawa Anwar tidak menipu tentang status kehilangan jam tangan Omega milik Anwar tersebut.
Tindakannya menunjukkan jam tangan Omega Anwar itu bakal menutup mulut ramai pihak, terutamanya Datuk Syazryl Eskay yang mendakwa jam tangan milik Anwar itu ada padanya dan sudah diserahkan pada pihak berkuasa untuk menjadi bahan bukti Anwar ada bersamanya ketika berhibur dan berpoya-poya.
Mempamerkan jam tangan tersebut mampu sedikit sebanyak memperbetulkan persepsi dan spekulasi rakyat yang timbul berkenaan isu skandal video seks yang dikaitkan dengan suaminya itu. Sekaligus, tindakannya itu akan turut sedikit membersihkan nama suaminya, yang sememangnya jijik, jelek dan kotor itu.
Sekurang-kurangnya suaminya tidak menipu tentang jam tangan Omega.
Namun, Wan Azizah kelihatan seperti orang bodoh yang diguna-gunakan oleh suaminya sendiri pada sidang akhbar itu. Azizah dan Nurul Izzah bagaikan membaca skrip yang dikarang oleh suaminya untuk terus menipu dan memberikan kenyataan yang bersifat putar belit.
Apakah Anwar sedang melatih isteri dan anaknya itu supaya memiliki ‘lidah bercabang” sepertinya?
Meskipun begitu, Wan Azizah masih ada lagi rasa sayang dan cinta kepada suaminya yang zalim terhadapnya?  Nurul Izzah masih lagi mempertahankan ayahnya yang menzalimi ibu, adik-adik dan keluarganya? S ampai bila Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga Anwar terus mewarisi sifat “sesumpah” Anwar ini?
Dalam pada yang sama, Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga mereka telah menzalimi rakyat dengan menafikan hak kepada rakyat umum, wartawan, dan blogger-blogger yang selama ini mendesak dan ingin tahu tentang hak dan kebenaran. Sedarkah rakyat tentang hal pembohongan ini?
Wan Azizah mendakwa bahawa Kerajaan BN dan UMNO telah lama menganiaya mereka sekeluarga, terutamanya Anwar Ibrahim.
Tapi, Wan Azizah tidak sebut pun nikmat yang mereka terima ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan “anak emas” Tun Dr. Mahathir dahulu. Wan Azizah tidak sebut pun bagaimana Anwar dan keluarganya menzalimi rakyat, UMNO dan seluruh dunia ketika Anwar bergelar TPM dahulu.
Wan Azizah cuba membayangkan bahawa keluarga mereka dianiaya untuk menagih simpati. Sedangkan, Anwar sekeluargalah yang menganiaya diri dan keluarga mereka sendiri.
Sudah dilantik menjadi TPM,  Anwar salah guna kuasa, menindas rakyat jelata, selewengkan wang berbilion, berhubung sulit dengan isteri pegawai khasnya, dan melakukan kemungkaran sesuka hati dengan bertopengkan identiti “Pak Syiekh”!
empayar-pemuda.blogspot.com

Wan Azizah Burukkan Lagi Keadaan Anwar Bila Gagal Jawab Isu Jam Omega

KUALA LUMPUR, 6 April – Tindakan Datin Seri Wan Azizah yang enggan menunjukkan jam tangan Omega milik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan jam itu tidak hilang seperti mana yang didakwa menimbulkan lebih banyak persoalan yang meragukan.
Ini kerana jam tersebut telah didakwa oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah, individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks adalah milik Anwar.
Malah jam itu juga telah diserahkan kepada pihak polis sebagai bahan bukti.
Mengulas keengganan Wan Azizah itu bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata tindakan isteri Anwar itu hanya mengundang spekulasi yang memburukkan lagi keadaan.
“Jika jam tangan Omega milik Anwar benar-benar berada dalam simpanan beliau (Dr Wan Azizah), buktikanlah supaya ia menutup mulut pihak yang ingin mengetahui kebenaran.
“Tetapi adakah benar jam tangan itu berada dalam simpanan Wan Azizah atau ia kini berada dalam simpanan polis,” katanya.
Pada satu sidang media yang diadakan semalam Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tetap mempertahankan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks seperti yang didakwa namun gagal membuktikan jam Omega berada dalam simpannya.
Ini berlaku apabila seorang wartawan menanyakan tentang jam tangan Omega milik Anwar, yang didakwa hilang.
Wan Azizah berkata jam itu berada dalam simpanannya namun beliau tidak menunjukkannya.
Soalan ini ditanyakan kerana jam Omega milik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa oleh trio ‘Datuk T’ hilang di dalam sebuah bilik hotel.
Menjawab soalan sama ada Anwar yang juga ketua pembangkang ada kehilangan jam itu, Wan Azizah menjawab, jam tangan itu tidak hilang, dan berada dalam simpanannya.
“Tidak ada… Ya, ia ada . Kami ada jam tangan tersebut,” katanya.
Sebaik sahaja mendengar jawapan itu seorang wartawan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media, tetap soalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Wan Azizah, keluarga dan beberapa pemimpin yang hadir dalam sidang media itu.
Ternyata soalan wartawan itu tidak disenangi Wan Azizah dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain yang mempertikaikan permintaan wartawan tersebut.
“Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwaraya?” kata anak sulung Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Kemudiannya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang “menjijikkan”.
“Saya fikir soalan ini juga mencerminkan bahawa kamu betul-betul tidak menghargai keadilan,” katanya.
Mengenai tindakan tindakan pakatan pembangkang menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes rakaman video seks itu pula Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru seterusnya berkata pembangkang terutama DAP akan cuba sedaya upaya menggagalkan usaha mencari kebenaran berhubung isu itu semata-mata demi kepentingan politik mereka.
“Pada saya, tindakan pemimpin pembangkang menentang penubuhan suruhanjaya untuk menyiasat video seks terbabit amat mengejutkan seolah-olah mereka takut dengan kebenaran dan ia ternyata berbeza dengan pendirian mereka selama ini,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]