Monday, April 11, 2011

JANGAN MARAH HA!!!!!!

Anwar Patutnya Tidak Melenting Pasal Jam Omega, Wartawan Tanya Cari Fakta

MIRI, 11 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tertekan dengan ajuan pertanyaan yang menyentuh peribadinya, menyebabkan beliau melenting terhadap wartawan di Kuching semalam.
Ahmad Zahid berharap perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa depan kerana seseorang pemimpin mesti tenang dalam menghadapi apa jua keadaan.
“Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tidak sepatutnya melenting kerana wartawan hanya menjalankan tugas untuk mencari fakta kebenaran”, katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan veteran Angkatan Tentera Malaysia negeri Sarawak di Gymkhana di sini, hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas insiden Anwar melenting terhadap wartawan ketika diajukan soalan berkaitan jam tangan Omega yang dikaitkan dengan isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang semalam.
“Apa yang berlaku semalam tidak pernah lagi berlaku sebelum ini,” kata Zahid.
Tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan telah menyerahkan video serta jam tangan jenama Omega yang didakwa ditemui di tempat kejadian kepada polis.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]