Thursday, April 7, 2011

PENDAPAT PAKAR : ISU VIDEO

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Tubuh segera Suruhanjaya Diraja
Oleh Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my
2011/04/07
Rakyat perlu tahu kebenaran, pelaku dalam rakaman video seks: Penganalisis

KUALA LUMPUR: Beberapa penganalisis politik berpendapat, Suruhanjaya Diraja perlu diwujudkan segera bagi mengenal pasti dan meneliti rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kerana rakyat perlu tahu kebenaran, kesahihan dan pelaku jika benar ia membabitkan ahli politik negara.

Mereka juga berpendapat dengan tertubuhnya suruhanjaya berkenaan, anggota yang dilantik boleh menjalankan siasatan terperinci dalam segenap aspek untuk menilai dan seterusnya mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Prof Shamsul Adabi Mamat, berkata adalah tidak adil jika pihak tertentu hanya membenarkan satu suruhanjaya ditubuhkan hanya untuk kepentingan mereka, tetapi menolak tuntutan penubuhan suruhanjaya lain jika ia tidak memberikan kelebihan atau keadilan kepada mereka.

“Dalam kes siasatan video seks yang membabitkan individu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu dilihat perlu kerana rakyat perlu diberitahu cerita sebenar sama ada ia konspirasi seperti dakwaan sesetengah pihak atau sememangnya berlaku. Semua itu hanya boleh dibuktikan melalui suruhanjaya yang benar-benar bebas.

“Sangat tidak adil jika ketika berlaku insiden tertentu, pembangkang berteriak melaungkan supaya satu suruhanjaya diwujudkan tetapi dalam kes ini dilihat terkena pada batang hidung, mereka bertindak sebaliknya,” katanya semalam.

Pembangkang kelmarin sepakat menolak cadangan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata penubuhan suruhanjaya tidak diperlukan sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada siasatan polis kerana ia sudah pun dimulakan.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata pembangkang sepatutnya tidak boleh memilih bulu dalam memastikan kebenaran merungkaikan sesuatu isu.

“Jika benar pembangkang khususnya PKR mahu membersihkan nama pemimpin yang dituduh, mereka harus bersetuju dengan pembentukan suruhanjaya supaya semua pihak dapat melihat kebenaran dan kesahihan dakwaan.

“Suruhanjaya itu adalah satu perkara yang dilihat perlu kerana ia tidak berpihak. Hanya kebenarannya yang menentukan sama ada pembangkang atau kerajaan dapat terus diterima atau sebaliknya,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]