Friday, April 8, 2011

Pengundi Sarawak Jangan Kena Temberang Seperti Rakyat Selangor

Pengundi Sarawak Jangan Kena Temberang Seperti Rakyat Selangor
Date 08/04/2011 20:03 Author UMNO Online Hits 13

Print Pdf RSS
SHAH ALAM, 8 April ? ?Rakyat khususnya pengundi Sarawak jangan kena temberang seperti rakyat Selangor?, demikian pesanan dan harapan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus ketika mengulas janji manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini. Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berkata pengundi di Sarawak perlu mengambil [...]

SHAH ALAM, 8 April ? ?Rakyat khususnya pengundi Sarawak jangan kena temberang seperti rakyat Selangor?, demikian pesanan dan harapan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus ketika mengulas janji manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berkata pengundi di Sarawak perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Selangor kerana banyak janji pakatan pembangkang yang sehingga kini gagal ditunaikan.

Pada pilihanraya umum lalu pakatan pembangkang menjanjikan pelbagai elaun kepada rakyat khususunya di negeri Selangor dari bayi hinggalah ke warga emas.

Antara janji tersebut ialah untuk memberi bantuan bulanan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery, RM50 sebulan seorang bagi anak pendidikan pra-sekolah, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa, bonus RM6000 setiap keluarga yang berpendapatan RM6000 ke bawah, turunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan pelbagai janji lagi.

“Ini semua janji kosong yang sehingga kini belum lagi ditunaikan. Sekarang pakatan pembangkang nak jual temberang dan janji kosong kepada rakyat Sarawak.

“Kita harap rakyat Sarawak ambil ikitibar di negeri Selangor, jangan mudah digula-gulkan dengan janji kosong pembangkang. Mereka datang ke sana (Sarawak) penuh dengan tipu helah. Kita tidak mahu rakyat Sarawak tertipu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pakatan pembangkang yang melancarkan manifesto bagi pilihanraya negeri Sarawak hari ini antara lain menjanjikan bantuan RM200 untuk setiap anak-anak masuk darjah satu, pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun, menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), mengembalikan semula tanah adat Orang Asal dan lain-lain lagi.

Shukor seterusnya berkata janji pakatan pembangkang dalam manifesto itu adalah janji sebelum berkuasa.

“Tapi lepas dapat kuasa lain pula jadinya, macam-macam alasan diberi. Malah di Selangor bukan saja banyak janji tak ditunaikan tetapi soal pendidikan pun dipolitikkan seperti menghalang mewujudkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Hulu Selangor.

“Mereka juga gagal tadbir Universiti Selangor kerana pelajar di universiti berkenaan merosot secara drastik sejak tiga tahun lalu akibat mainan politik yang melampau”, ujarnya.

Justeru beliau amat berharap rakyat Sarawak mengajar pembangkang kali ini yang tidak pernah serik membohongi rakyat menerusi janji-janji palsu yang ditaburkan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]