Semua urusan penting SPRM diselesaikan di aras bawah 08/04/2011 8:38pm PUTRAJAYA 8 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuat kuasa serta merta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM. "Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Menurutnya, SPRM juga telah mengarahkan supaya pengarah bahagian keselamatan untuk membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan guna sama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan itu dipenuhi. "Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP) sejak dulu lagi yang masih berkuat kuasa. "Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai. “Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja,” katanya. – Bernama |
Friday, April 8, 2011
Semua urusan penting SPRM diselesaikan di aras bawah
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment