Monday, April 11, 2011

UJIAN KESAN PEMBOHONGAN ADA BERANI.....

Buat ujian kesan pembohongan

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail (gambar) dicabar menjalani ujian pengesan bohong dalam isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Ketika membuat cabaran berkenaan, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ia merupakan cara terbaik bagi Anwar dan Wan Azizah membersihkan nama bagi membuktikan mereka tidak bersalah memandangkan banyak kenyataan mereka bercanggah.

''Keadaan itu sudah menjadi masalah besar kepada mereka. Ini yang menimbulkan persoalan terutama kalangan ahli PKR sendiri," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd. Zahid turut berpendapat Wan Azizah patut mengambil peluang untuk membersihkan nama dan imej suami serta maruah keluarganya.

"Jika tidak janganlah hanya tahu menyalahkan pihak lain kerana mereka sendiri yang tidak mahu menampilkan kebenaran," katanya.

Sementara itu, Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatu Badru Tun Salleh kesal dengan sikap Wan Azizah yang menolak mengangkat sumpah laknat untuk menegakkan kebenaran.

"Saya sarankan Wan Azizah bersumpah demi kebenaran kerana Allah. Apa yang ditakutkan bersumpah jika kita benar. Tidak perlu menuduh pihak lain," katanya.

Beliau berkata, rakyat kini hanya mahukan kebenaran daripada Wan Azizah dan Anwar terutama dalam isu video tersebut.

"Keengganan Wan Azizah untuk menegakkan kebenaran sebenarnya menimbulkan keraguan dan tanda tanya banyak pihak," katanya.

Menurut beliau, ia dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan kebenaran berhubung siapa sebenarnya Anwar.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]