Wednesday, April 6, 2011

UNIVERSITI SUKAN AKAN JADI KENYATAAN.

KBS guna pakai model KNSU
Oleh Jumiati Rosly
jumiati@bharian.com.my
2011/04/06

RAZALI (tengah) menyaksikan Zolkples (kiri) dan Jong Wook bertukar perjanjian kerjasama antara KBS dan KNSU, semalam.
RAZALI (tengah) menyaksikan Zolkples (kiri) dan Jong Wook bertukar perjanjian kerjasama antara KBS dan KNSU, semalam.
Satu cara untuk menghargai bekas atlit dalam bidang pendidikan: Razali

WALAUPUN hasrat menyaksikan negara ini memiliki universiti sukan masih samar, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah sendiri dengan bakal mengadaptasikan model digunakan Universiti Sukan Kebangsaan Korea (KNSU) menerusi program berkembar.
Satu-satunya universiti sukan di Korea Selatan itu menjadi pilihan KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) berikutan kecemerlangan universiti itu melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik yang lalu dan juga tenaga pengajarnya yang hampir semuanya menggunakan khidmat bekas atlit.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata dia percaya memberi peluang kepada bekas atlit dalam bidang pendidikan adalah salah satu cara terbaik mengiktiraf sumbangan atlit dan menjamin masa depan atlit selepas bersara daripada menyertai pertandingan kompetitif.

“Kita akan melihat bidang pendidikan ini bagi membantu masa depan atlit dengan menggunakan model dari Korea. Kebanyakan profesor di sana adalah bekas atlit dan saya percaya ini adalah salah satu cara menghargai bekas atlit dalam bidang pendidikan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara MSN dan KNSU, semalam.

Menerusi program berkembar itu nanti, pelajar akan dapat mengikuti pengajian di MSN menerusi program diatur KNSU dan sijilnya akan diiktiraf universiti terkemuka yang melahirkan ramai pemenang pingat di Sukan Olimpik termasuk menyumbang satu pertiga daripada jumlah pungutan pingat Korea Selatan (keseluruhan 13 emas) di Beijing pada 2008.

Katanya, delegasi KNSU juga akan melihat kemudahan disediakan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) sama ada menepati piawaian universiti itu untuk program berkembar yang akan diadakan nanti.
Dalam majlis menandatangani perjanjian itu, MSN diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong dan Presiden KNSU, Kim Jong Wook menandatangani perjanjian yang antaranya menyatakan persetujuan kedua-dua pihak mengadakan kerjasama daripada segi latihan atlit, kejurulatihan dan pegawai serta pertukaran kajian dalam sains sukan.

Razali berkata Korea berminat untuk mendalami kepakaran negara dalam sukan sepak takraw, skuasy dan badminton manakala negara berharap dapat mempelajari sukan hoki, memanah, lawan pedang dan taekwondo

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]