Sunday, May 8, 2011

AKIBAT KERJASAMA PAS & DAP: AHLI PAS SEMAKIN MENJAUHI PARTI

Apakah dua parti politik utama umat Islam iaitu UMNO dan Pas, yang sudah lama berseteru akan kembali bersatu atau setidak-tidaknya bermuafakat dalam isu-isu kepentingan agama dan bangsa?

FORMULA PENYATUAN : PAS JANGAN TAMAK, UMNO JANGAN KEDEKUT....

HARAPAN MAJORITI UMAT MELAYU.

Persoalan tersebut paling menarik perhatian kerana majoriti umat Islam semakin mengharapkan kedua-dua parti itu menemui titik damai baru. Setakat ini usaha ke arah itu menemui kegagalan kerana banyak faktor. Ini termasuk sikap beberapa kerat pemimpin Pas yang menolak seruan perpaduan ummah hanya kerana terikat percaturan politik pakatan pembangkang.

PAS DI HATI DAP.

Pas kini bukan sahaja tidak dominan dalam pakatan pembangkang malah terus diperkudakan oleh DAP dan PKR. Pemimpin Pas seperti Nik Aziz Nik Mat asyik tunduk dan mengikut rentak DAP walaupun parti itu terang-terangan menolak penubuhan negara Islam.

Kerjasama Pas dan DAP sama sekali tidak menjadikan Pas lebih kuat sebaliknya semakin ditolak oleh ramai orang Islam berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Yang untung dan terus untung ialah DAP. Itulah yang membolehkan pemimpin utamanya, Lim Kit Siang terus menguntum senyum lebar termasuk dalam tidurnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam prinsip perpaduan Islam, jalinan sesama saudara Islam perlu didahulukan tetapi Nik Aziz lebih jatuh cinta kepada Kit Siang. Belum pernah dalam sejarah Pas menjadi sebegitu dayus angkara Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas yang pro Anwar Ibrahim. Kesetiaan mereka bukan kepada Presiden Pas, Hadi Awang tetapi kepada Anwar dan ramai ahli Pas tahu hakikat itu. Golongan ini tidak besar tetapi berpengaruh dalam Pas. .

Ketua Pembangkang itu pula telah terbukti tunduk kepada kehendak DAP demi mengejar impian untuk berkuasa. Belum pernah juga dalam sejarah, pembangkang dipimpin oleh tokoh paling dahsyat isu moralnya tetapi dihalal bukan sahaja oleh DAP, malah Nik Aziz. Awang hairan, sebagai ulama beliau tidak berpegang kepada prinsip moral.

Dalam isu perpaduan antara dua parti terbesar umat Islam, Nik Aziz menolak dan memperlekehkan usaha ke arah itu dengan pelbagai alasan dan hujah dangkal. Bahkan, beliau asyik menghina UMNO yang juga pendokong Islam- perbuatan yang bercanggah dengan ajaran agama. Sikap angkuh, riak dan kecelaruan Nik Aziz sudah menjadi liabiliti kepada Pas. Tok guru itu perlu dipertanggungjawabkan jika umat Islam terjajah oleh muslihat DAP dan PKR. Awang setuju dengan pandangan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya bahawa pihak yang menentang penyatuan UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Tetapi Nik Aziz tidak peduli semua itu. Beliau rela bersubahat dengan musuh Islam daripada berbaik dengan UMNO, parti paling banyak berjasa kepada pembangunan umat Islam. Sedangkan DAP mempunyai gagasan Malaysian Malaysia, yang agenda tersirat mahu menulis semula perlembagaan atas konsep kesamarataan bagi menjadikan Malaysia negara republik. Konsep tersebut akan diolah hanya untuk menjulang kepentingan satu kaum kerana DAP sememangnya parti paling rasis bertopengkan istilah demokratik. Awang tidak nampak jasa DAP kepada kaum India apatah lagi Melayu.

Dari segi peranan dalam parti pula, orang India, Melayu dan Sikh hanya menjadi boneka kerana mereka tidak punya kuasa dan pengaruh. Sejak empat dekad berkuasa dalam parti, Kit Siang tidak membuka laluan kepada kaum lain termasuk Karpal Singh untuk menjadi Setiausaha Agung.

Malah Kit Siang berjaya dalam perancangannya untuk menobatkan anak beliau, Lim Guan Eng sebagai pemimpin utama, menjadikan ia parti Dinasti Lim. Yang lebih membimbangkan, beliau tidak punya aspirasi nasional yang berteraskan sejarah tanah air. Sebab itu, tidak silap Awang, Kit Siang tidak pernah berikrar untuk menjunjung Perlembagaan negara termasuk institusi raja. Ini cukup berbeza dengan pemimpin pembangkang dari keturunan minoriti di negara-negara lain yang dari awal komited mempertahankan perlembagaan.

Dalam isu pertemuan paderi-paderi di Pulau Pinang baru-baru ini yang dikatakan berikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi, DAP perlu tampil dengan pendirian sebenar. Peranan parti itu harus dijelaskan kerana isu itu amat bahaya dan boleh mengancam keselamatan negara. Awang berharap Kit Siang dan Guan Eng komited memperakukan Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Untuk menutup sebarang keraguan, seeloknya Kit Siang menggerakkan kempen cintai perlembagaan jika beliau tidak rasis, yang Awang ragui beliau akan berbuat demikian. Apa pun, tiada kompromi dalam soal agama rasmi Malaysia. Janganlah mengundang padah yang boleh menghancurkan negara. Tetapi Awang tidak terkejut jika Nik Aziz akan mengambil jurus pandangan yang mengelirukan dalam isu kritikal seperti ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau Anwar memalukan umat Islam dengan isu moralnya, Nik Aziz pula tidak wajar mempertaruhkan agama untuk politik. Sewajarnya beliau berundur. Realitinya, Nik Aziz sudah tidak relevan. Ini juga pengamatan sebahagian pemimpin Pas sendiri. Cengkaman Nik Aziz dalam parti makin longgar dan dalam diam ramai ahli mengkritik beliau. Awang melihat, anaknya termasuk Nik Abduh, jauh lebih bijak dan boleh menjadi sandaran baru Pas.

Apa pun, di sebalik halangan faktor Nik Aziz dan puak Anwar dalam Pas yang menentang perpaduan Islam, kita sebagai orang Islam tidak boleh berputus asa. Lagi banyak rintangan, lagi kuat usaha perlu digerakkan.

Dalam pada itu, Awang difahamkan sudah terbit kesedaran baru di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang lebih mengutamakan kepentingan Islam daripada ego pemimpin.

Golongan ini ada keyakinan untuk memastikan Pas tidak dijadikan alat DAP dan PKR. Awang percaya Muktamar Agung Pas awal bulan depan akan menjadi medan untuk bermuhasabah. Pas perlu berani menentukan pendiriannya dalam soal permuafakatan Islam. Ambillah iktibar daripada perkembangan di Palestin. Kalau Israel sangat benci dan takutkan perdamaian puak-puak Palestin, begitu juga ada pihak di sini yang tidak mahu UMNO dan Pas berbaik. Paling anti kepada usaha tersebut adalah DAP. Pemikiran Kit Siang dan Netanyahu dalam menolak soal perpaduan Islam sama sahaja.

Pada beliau, Cina mesti bersatu tetapi jangan biarkan Melayu yang dinaungi agama Islam bertaut. Padahal, dalam konteks Malaysia, perpaduan Islam dan Melayu adalah pusat graviti kepada keselamatan negara bangsa, yang bererti kestabilan untuk semua kaum. Ia adalah ramuan kesejahteraan Malaysia. Apatah lagi, Melayu adalah kaum yang bersikap begitu pemurah kepada kaum lain.

Jika Pas tunduk kepada pemikiran Kit Siang dan Netanyahu, ia akan menjadi parti Islam paling hina di muka bumi ini. Awang percaya parti itu akan menerima hukuman lebih berat daripada masyarakat Islam pada pilihan raya umum akan datang.

Tetapi yang lebih menuntut persoalan, apakah Pas mahu melanggar perintah dan peringatan Allah berkaitan soal penyatuan umat Islam.

Biarlah Awang imbas kisah yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sekumpulan jemaah selepas baginda berdoa panjang di Masjid Bani’Muawiyah.

‘‘Aku memohon kepada Allah agar janganlah membinasakan umatku musim susah yang panjang maka ia diperkenankan.

‘‘Aku memohon agar umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir yang melanda umat Nabi Nuh atau Raja Firaun bersama tenteranya yang ditenggelamkan di lautan) maka permohonanku itu diperkenankanNya jua.

‘‘(Tetapi apabila) aku memohon agar umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan (permusuhan, pergaduhan atau peperangan) sesama mereka), permohonan ini tidak diperkenankan (oleh Allah). (Hadis 2464 riwayat Muslim).

Seandainya tiba saat kebinasaan itu maka segala-galanya sudah terlambat. Renungkanlah.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]