Sunday, May 8, 2011

PAS BERJUANG UNTUK DAP.

PAS kini berjuang untuk DAP: Tun M
22:27:38 PM
KUALA LUMPUR: PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda.
Beliau berkata, ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian
mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah
gagasan penubuhan negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.
"Sampaikan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sekarang
bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata
langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam.
"Tetapi sekarang ini orang PAS pula kata langkah mayat aku kalau hendak dera Karpal Singh...suasana dah terbalik," katanya semasa berucap merasmikan
mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras
di sini, hari ini.
Bekas presiden Umno itu berkata perpecahan di kalangan orang Melayu hari
ini juga dimulakan oleh PAS apabila ulamak yang asalnya dalam Umno bertindak
keluar parti dan menubuhkan PAS setelah tidak berpuas hati kerana tidak
diberikan tempat.
"Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat, mereka
golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris merasa
tidak diberi tempat," katanya.
Dr Mahathir juga menyelar tindakan Nik Aziz yang gemar memutar belit ayat
al-Quran dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa.
Menteri Besar Kelantan itu dakwa Dr Mahathir sanggup berkata dengan memetik
ayat al-Quran bahawa tidak salah orang Islam berpecah dua.
Beliau berkata, atas landasan itulah, Umno dari dulu lagi menyangkal yang
PAS memperjuangkan Islam dan keadaan itu makin ketara apabila semakin banyak
pembohongan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu. -- BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]