DR MAHAHTIR bersama Dr Siti Hasmah membaca akhbar ketika berehat di wad di IJN, semalam.
Bekas Perdana Menteri beri respons baik fisioterapi dada
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff.
Katanya, selera makan bekas Perdana Menteri bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan.
“Dr Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam (kelmarin),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sufi berkata bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat saja.
Sementara itu, beliau berkata Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatannya supaya beliau cepat sembuh.
Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN Rabu lalu kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam
No comments:
Post a Comment