Sunday, May 22, 2011

PESANAN KEPADA KETUA UMNO BAHAGIAN

Jangan OK tapi KO: Muhyiddin
Oleh Abdul Halim Yusoff
halem@bharian.com.my
2011/05/22
TPM minta pemimpin akui jika bermasalah

CHUKAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan kepemimpinan UMNO bahagian supaya jangan menipu diri sendiri, konon tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus boleh menjejaskan keutuhan parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pucuk kepemimpinan UMNO pusat tidak mahu berselindung dan akan mengakui kewujudan sebarang permasalahan pada peringkat bahagian andainya benar-benar berlaku.
“Kita tidak mahu bila tanya pimpinan dan jawapannya OK tetapi bila turun ke akar umbi, keadaannya adalah KO. Lebih cepat (diselesaikan) lebih baik kerana hal sebegini tidak boleh dibiarkan,” katanya.. “Tapi, pokoknya jika mereka faham dengan matlamat perjuangan kita dan tahu cabaran yang kita akan hadapi, pastinya soal dan isu sebegini akan dielakkan dengan tumpuan diberikan kepada usaha mencapai matlamat asal, bukannya soal hubungan dan masalah sesama kita. Perkara sebegini akan menjejaskan masa kita bekerja untuk parti dan masyarakat, (sedangkan) itulah yang patut jadi tumpuan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Ketua Bahagian UMNO Kemaman.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO itu berkata masalah dalaman terutama membabitkan pimpinan peringkat bahagian tidaklah kritikal hingga boleh menjejaskan keupayaan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan UMNO bermesyuarat setiap minggu untuk memantau perkara berbangkit di peringkat bahagian dan hingga kini hanya dua bahagian bermasalah dikenal pasti iaitu Sungai Petani, Kedah dan Bandar Tun Razak, Wilayah Persekutuan.

Ditanya situasi UMNO di Terengganu, Muhyiddin berkata, keadaan sudah bertambah baik dan mendapati pimpinan di semua peringkat sudah memberi sokongan penuh kepada Menteri Besar kerana sudah wujud kesedaran di kalangan mereka untuk bersatu demi mencapai matlamat parti. Sementara itu, Muhyiddin berkata rancangan kerajaan merasionalisasi subsidi bahan api tidak seharusnya dieksploitasi pembangkang kerana peningkatan ketara harga minyak di peringkat global akan menjadikan jumlah subsidi yang sudah meningkat mendadak daripada RM10 bilion kepada RM18 bilion menjadikannya sukar untuk diurus sekali gus boleh menjejaskan pembangunan negara.
"Isu kenaikan harga barang, minyak, gas dan elektrik umpamanya adalah kenyataan yang harus diterima kerana ia adalah fenomena global yang turut dirasai negara lain termasuk negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand," katanya

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]