Thursday, May 19, 2011

BILA KUASA DI TANGAN.............

Guan Eng cuba hasut penganut Buddha, Hindu - Gerakan

PULAU PINANG 18 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana didakwa cuba melaga-lagakan penganut pelbagai agama di negara ini dalam perutusan sempena Hari Wesak semalam.
Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng berkata, dalam perutusan yang dikeluarkan di sini kelmarin, Guan Eng seolah-olah menghasut penganut Buddha dan Hindu supaya membenci orang Melayu yang beragama Islam.
Menurutnya, beliau kecewa kerana Setiausaha Agung DAP itu mencampur-aduk unsur politik peribadi dalam hal keagamaan.
"Apabila saya baca, saya amat kecewa kerana Guan Eng mempolitikkan ucapan tersebut yang sepatutnya menyeru kepada kebaikan.
"Dia cuba melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum serta agama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini mengenai perutusan bertarikh 16 Mei 2011 tersebut yang disiarkan di laman sosial Facebook Guan Eng.
Antara kandungan perutusan dalam bahasa Inggeris itu yang didakwa Khoon Leng berbaur hasutan adalah 'Even though Christians and not Buddhists are targeted by UMNO and Utusan Malaysia this time, what is there to stop Budhhists and Hindus from being the next targets in future.'
Khoon Leng menegaskan, kenyataan Guan Eng itu ternyata boleh mencetuskan kemarahan dan kebencian penganut agama bukan Islam terhadap orang Melayu dan Islam.
Ini kerana, jelas beliau, majoriti ahli UMNO dan pembaca akhbar Utusan Malaysia terdiri daripada orang Melayu.
Justeru, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan sedemikian yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang cuba mencetuskan perbalahan agama.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]