Thursday, May 19, 2011

INI LAGI MISTERI....BACA JANGAN TAK BACA,,,,,,



Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri

Email dari Ceruk Tok Kun [klik di sini] tentang salasilah Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, tetapi bagi saya itu bukan perkara baru, saya pernah dengar daripada bekas-bekas sahabat Anwar sebelum ini.
Seorang sahabat Anwar yang berasal dari Johor yang terlibat aktif dalam mempertemukan Anwar dengan Wan Azizah, ketika itu Azizah masih belajar di Dublin pernah bercerita perkara ini.
Memang ketika mula-mula mendengarnya, agak pelik, dan saya simpan sebagai maklumat persendirian sahaja, tetapi apabila mendengar dari pelbagai sumber yang berlainan, saya mula tertanya-tanya, benarkah salasilah Anwar ini ?
Benar, dalam mana-mana wikipedia, tiada catatan tentang sejarah hidup Anwar khususnya berkenaan latar belakang keluarganya yang sejarahnya itu terus melompat ke alam pelajar, terlibat dalam PKPIM, ABIM, sertai UMNO, masuk penjara, PKR dan akhirnya sejarahnya hari ini.

Anwar dan ayahnya, Pak Ibrahim


Juga tiada buku khusus yang menceritakan sejarah keluarganya, kecuali buku-buku politik yang menceritakan tentang sejarah perjuangan politiknya..bla..bla..bla.. Akhirnya sejarah hidupnya ditinggalkan kosong dengan penuh misteri.
Keluarga Rosak
Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”
“Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.
“Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan”, Klik di sini
Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar.
“Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai ‘politician’ Malaysia serta imej ‘Pak Sheikh’nya.
“Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba ‘menyembunyikan’ kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya. Klik di sini
Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar.
Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis.

Pak Ibrahim (bertanda bulat), Sukma Darmawan dan keluarga Anwar di Munich 2004


“Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya”, jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar. Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.
Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai ‘kehebatan’nya sebagai pemimpin.
Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ?


Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.
Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ?
AIDCNews mendedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya.
Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar.
“Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar).
“Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang.
“Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya.
“Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?, lapor AIDCNews. Klik di sini
Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ?
Sebelum ini, kita digembar-gemburkan Anwar sangat kasihkan ibunya, arwah Mak Yan, tetapi fakta yang didedahkan Sukma Darmawan sebaliknya.
Menurut pengakuan Sukma Darmawan, ketika Anwar masih bujang, dia lebih banyak menetap di rumah bapanya bersama isteri muda di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku, Petaling Jaya, berbanding dengan rumah arwah ibunya, Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.
Persoalannya kenapa ?

Farizon (bertanda bulat) di Capetown, Afrika Selatan


Mohamad Sabu, dalam Majalah Tamadun, 14 Jun 1998 pernah berkata, “Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?”. Klik di sini Dalam senarai saham yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1999, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai penerima saham Bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon (anak dengan isteri muda) dan Marzuki (anak dengan Mak Yan) memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.Klik di sini
Utusan Malaysia, 18 Oktober 1999 pernah melaporkan bahawa abang Anwar, Idrus Ibrahim pernah ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di kondominium Menara Seputeh.
Idrus Ibrahim, merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bahagian Bukit Mertajam ditahan oleh para pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ketika dihubungi di Sik petang ini mengesahkan penangkapan tersebut.Klik di sini
Petunjuk Arwah Sulaiman Palestin

Idrus (bertanda bulat) dan Chegubard


Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar, Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki. Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR.
Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya ?
Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar ?
Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat)


Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim. Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar’ Anwar.
Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari, Klik di sini
Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam.
Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim.
Anwar pula anak Pak Ibrahim dengan isteri yang mana ?
Popularity: 11%

Eksklusif : Mengenali Anwar Ibrahim sebenar - Bahagian 1






Soalan :Pak Cik orang lama di Kampung Ceruk Tok Kun Bawah ini, jadi boleh tak pak cik ceritakan di mana sebenarnya Anwar Brahim ini dilahirkan kerana ada pihak memberitahu Anwar ini bukan anak jati Jalan Kilang Ubi (JKU), Ceruk Tok Kun Bawah (CTKB), Bukit Mertajam (BM)?


Pak Chik :Boleh...boleh... Sebenarnya Anwar dilahirkan di Sungai Bakap (Seberang Perai Selatan - SPS) bukannya di Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah - SPT). Pada masa tu Pak Brahim bekerja di Hospital Sungai Bakap dan tinggal di sana. Mak Yan (isteri Pak Brahim) cukup kuat aktif terlibat dalam W.I. (Perkumpulan Wanita) di kawasan SPS dan juga di Pulau Pinang. Dulu bila kita sebut W.I. saja semua orang tahu. Ianya pergerakan Wanita UMNO sekarang ini.
Soalan :Baru-baru ini saya ada terbaca dalam blog Ummi Hafilda Ali yang mendakwa semasa hubungan Azmin dengan adiknya itu masih baik yang Anwar pernah memberitahu yang Wan Azizah tu sebenarnya anak orang Korea yang diambil sebagai anak angkat Wan Ismail. Dan saya ada terdengar juga yang Anwar ini bukannya anak Pak Brahim dengan Mak Yan, tetapi anak Pak Brahim dengan perempuan lain. Benarkah perkara ini Pak Cik?
Pak Chik :Wan Ismail bapa Wan Azizah tu orang Permatang Pauh dan dia pangkat besar dalam Kerajaan dulu. Dia dulu selalu kerja di luar negara. Mungkin betul Wan Azizah itu anak angkat Wan Ismail kerana kulit dan muka Wan Azizah tak sama iras dengan Wan Ismail atau isterinya. Putih lain kulitnya. Apa pun kalau nak pasti Wan Azizah tu anak betul atau anak angkat Wan Ismail kena tengok surat nikah Wan Azizah. Kalau nikah pakai wali hakim, sah lah Wan Azizah tu anak angkat Wan Ismail.

Tentang Anwar pula banyak juga orang kata macam tu kerana kulit Anwar adalah cerah jika nak dibandingkan dengan abang-abangnya seperti Mokhtar, Rani dan Marzhuki. Kulit depa tu gelap nak ikut kulit Pak Brahim. Masa Anwar kecil pun dia berkulit cerah, comel dan berperangai lembut. Kalau kita dengar cerita orang-orang tua dulu, Anwar ini bukannya anak Pak Brahim dengan Mak Yan tetapi anak Pak Brahim dengan seorang perempuan Cina yang bekerja di Hospital Sungai Bakap semasa Pak Brahim kerja di situ dulu. Tapi, saya tak maulah tuduh-tuduh, takut tersilap plak. Apa pun zaman sekarang ni canggih sungguh, dengan guna contoh darah saja dah boleh tahu Anwar itu anak sapa dengan sapa. Apa kita panggil tu? DNA?
Soalan :Pak Cik, betulkah banyak orang kata Pak Brahim tu kawin dengan orang gajinya?
Pak Chik :(Sambil ketawa juga) Bab kawin pun hang tau juga ka? Memang benar la Pak Brahim kahwin bini nombor dua orang gajinya. Sebenarnya orang gaji ini adalah girlfriend Rani, Abang Anwar yang bercita-cita nak menjadikan orang gaji tu sebagai isterinya. Tapi, dah jodoh nak buat macam mana kan?
Soalan :Masa Anwar sekolah rendah, di sekolah mana dia belajar?
Pak Chik :Setelah Pak Brahim pindah ke Jalan Kilang Ubi, Ceruk Tok Kun bawah ni, Anwar belajar di Sekolah Stowell. Sekolah ni sekolah rendah aliran Inggeris yang letaknya bersebelahan dengan BM High School (sekolah aliran Inggeris juga), sekolah yang Pak Lah belajar dalam Form 6 dulu. Anwar apabila balik sekolah dia dihantar pula oleh Pak Brahim ke sekolah agama dekat rumah dia di Jalan Kolam (jalan menuju air terjun Bukit Mertajam Recreation Park) tu. Oleh kerana Anwar semasa umur peringkat sekolah rendah dia ni jenis lembut (orang kata lembut macam pondan) dengan kulitnya cerah dan comel bagi budak lelaki maka ramai budak-budak lelaki sebaya dengannya suka mengusiknya dengan memegang-memegang pipi dan lain-lain anggota badan dia. Biasalah kalau kehidupan di kampung budak-budak suka melawak kasar, lebih-lebih lagi kepada budak-budak berperangai lembut macam budak perempuan.
Oriolle says:
Sekarang suruh mereka yang taksub kat si peliwat tanya….di mana anak lelakinya? kenapa dia tidak bersama ayahnya disaat bapaknya di landa FITNAH (buatan sendiri) ini? Kenapa tak pernah terlihat kelibat anak lelakinya (waris kuat) berada di sisi seperti kakaknya Nurul Izah (jgn kata sebab dia kat luarnegeri) bapak dia kaya, anytime boleh balik berjuang bersama bapaknya sekiranya dia yakin bapanya di FITNAH. Fikirkanlah wahai pecacai PKR dan PAS. Aku sampai sekarang teringin nak tengok muka anak lelakinya di samping si peliwat kat TV. Bosan tengok muka Nurul Izah dan Maknya (Drama Queens). Jawapannya….SI WARIS KUAT INI TAHU SEGALA PERILAKU BURUK SI BAPAK DAN TERUS MENJAUHKAN DIRINYA ENGGAN BERSUBAHAT ….ALHAMDULILLAH DIA MASIH MAMPU BERFIKIR TAK SEPERTI PECACAI-PECACAI YANG UMPAMA LEBIH SUDU DARI KUAH.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]