Seringkali, saya diminta untuk memberikan ceramah dan memberikan tips bagaimanakah media sosial ini boleh dimanfaatkan secara optimum. Di sini, saya kongsi panduan yang boleh digunakan oleh aktivis politik. 1. Pelihara reputasi Gunakan Google Alert untuk memantau reputasi anda di internet. Selain itu, Social Mention juga boleh membantu. Sekiranya ada usaha merosakkan reputasi anda, ambil tindakan segera, berkomunikasi dengan pihak terbabit. Selain itu, pantau juga reputasi anda di Facebook dan Twitter dengan membuat carian di kedua-dua laman tersebut dari semasa ke semasa. 2. Jadi wartawan Laporkan aktiviti politik anda agar ia diketahui oleh rakan media sosial anda. Beberapa kajian menunjukkan orang lebih percaya apa yang sahabat beritahu, berbanding dengan iklan. Ambil gambar, upload dalam Facebook dan Twitter. Mudah dan murah. 3. Sebarkan apa yang anda suka di media sosial Katakan anda penyokong BN, elok retweet (RT) apa yang Perdana Menteri atau pemimpin parti tulis. Bukan semua orang "follow" Perdana Menteri di Twitter. Anda boleh bantu sebarkan. Begitu juga, kongsi link artikel atau video menarik di Facebook. Kesan viral menjadikan media sosial lebih berkuasa berbanding akhbar atau tv. 4. Fakta bukan auta Dalam media sosial, fakta lebih meyakinkan. Auta dapat bertahan seketika sebelum orang lain mempertikaikannya. Selepas berkali-kali auta (bohong), orang hilang kepercayaan kepada maklumat yang anda berikan. 5. Usah bergaduh di media sosial Sekiranya ada orang bertanya sesuatu, maka jawablah dengan baik. Kalau ada fakta yang salah, betulkan. Bagaimanapun, apabila seseorang mula menyerang anda (bukan lagi kepada isu), maka langkah yang terbaik ialah abaikan. Biarlah dia syok sendiri. Selamat berinteraksi di media sosial. Dan, selamat bersedia menghadapi PRU13! |
Thursday, May 19, 2011
TIP BERPOLITIK DARI NORBISA
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment