Tuesday, May 10, 2011

SELAMAT BERSIDANG .....TERUSKAN PERJUANGAN.....

54 Pergerakan Wanita, 44 Pemuda, 33 Puteri & 19 UMNO Bahagian Telah Bermesyuarat


KUALA LUMPUR, 10 Mei – Mesyuarat UMNO di peringkat cawangan-cawangan telah selesai diadakan dan semua cawangan yang telah bermesyuarat telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli dan cawangan dengan sebaiknya,  demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Kini kita telah pun mula dengan Mesyuarat Perwakilan UMNO di Peringkat bahagian dan di peringkat sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bahagian masing-masing.
“Setakat hari ini, 19 UMNO bahagian telah mengadakan mesyuarat, 54 Pergerakan Wanita Bahagian, 44 sayap Pemuda dan 33 sayap Puteri UMNO di peringkat bahagian telah mengadakan mesyuarat masing-masing,” ujarnya pada sidang media di sini, Isnin.
Tambahnya, mesyuarat tahun ini agak berbeza kerana wakil-wakil pergerakan daripada peringkat cawangan secara automatik menjadi perwakilan di peringkat bahagian.

Berita Bertarikh 10 May 2011 Pada 12:19 AM


 


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]