Monday, May 9, 2011

TERIMA KASIH DATO' MUKHRIZ....

Penyatuan UMNO-Pas teras perpaduan Melayu


MUKHRIZ Mahathir bersama perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah di Alor Gajah, semalam.


ALOR GAJAH 8 Mei - Penyatuan UMNO dengan Pas di bawah payung Barisan Nasional (BN) diyakini mampu menjadikan masyarakat Melayu bersatu hati sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik negara.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, UMNO dan Pas mempunyai banyak persamaan dan merupakan parti yang berpengaruh dalam arena politik tanah air.
"UMNO dan Pas mempunyai banyak persamaan tetapi tidak ditonjolkan, hanya perbezaan kecil kedua-dua parti ini yang digembar-gemburkan oleh suara-suara sumbang yang mahu menentang usaha murni ini," katanya ketika merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini hari ini.
Menurutnya, Pas tidak perlu lagi bergantung kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu mempunyai ahli yang ramai, berpengaruh dan pengalaman yang luas dalam politik.
Katanya, sudah tiba masanya pucuk pimpinan Pas membuka mata dan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang yang selama ini dilihat hanya mempergunakan Pas untuk kepentingan mereka.
Jelas beliau, sekiranya usaha menyatukan UMNO dan Pas gagal, cukuplah sekiranya parti itu mahu bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
Dalam pada itu beliau berkata, membangkitkan isu sensitif dan bersifat perkauman menjadi senjata baru pihak pembangkang dalam usaha meraih sokongan masyarakat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, perkara itu terbukti semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas.
Menurutnya, pembangkang terutama DAP pandai mengambil kesempatan terhadap pengundi di bandar kerana penduduknya tidak bergantung kepada perkhidmatan wakil rakyat untuk mendapat semua keperluan asas disebabkan segalanya telah pihak kerajaan sediakan.
"Untuk menjanjikan kemajuan dan pembangunan adalah mustahil kerana mereka (parti pembangkang) tidak mampu. Usaha mendekati masyarakat bandar dan menyelesaikan masalah mereka perlu digiatkan kerana keperluan mereka berbeza berbanding dengan masyarakat luar bandar," katanya

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]