Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di hormati sekelian.
Bersyukur saya ke hadrat Allah dengan izin dan limpahnya kita dapat berkumpul pada hari untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli parti. Perhimpunan ini merupakan fasa terakhir yang amat penting bagi saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda di mana ucapan saya pada 2009 berkisar tentang hala tuju, cabaran membina kepimpinan pemuda serta cabaran PRU13. Ucapan saya pada 2010 tertumpu tentang cabaran pemuda menghadapi gagasan pembangunan 1Malaysia, RMK 10, demografi dan kepimpinan pemuda Umno Jasin.
Pada fasa terakhir ini merupakan bagaimana kita dapat melaksanakan perubahan dan tranformasi bagi membentuk kepimpinan pemuda yang lebih mantap bagi dekad-dekad mendatang serta cabaran yang akan di hadapi oleh pengerak parti untuk mempengaruhi undi orang muda melayu menyokong UMNO dan BN.
Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah,
Saya juga amat bersyukur dan insaf dengan ujian PRK Merlimau tempoh hari serta saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pergerakan pemuda dun Merlimau dan pergerakan pemuda Jasin amnya kerana telah berjaya membawa keyakinan pengundi muda menyokong BN. Ini terbukti dengan majoriti terendah saluran 3 + 4 di peti undi Pengkalan Samak sebanyak 309 undi dan majoriti tertinggi di peti undi Merlimau Pasir sebanyak 414 undi.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada anak muda di peti undi Chin-Chin. Walaupun calon pembangkang merupakan anak jati Chin-Chin tetapi saluran 3+4 masih mendapat majoriti 318 undi. Ini pencapaian yang amat membanggakan walaupun sebelum ini Chin-Chin di labelkan sebagai kubu kuat pembangkang. Penyumbang ke arah ini adalah kerana kita berjaya mengeluarkan lebih dari 900 orang pengundi muda lelaki melayu daripada 1183 pengundi tersebut. Tahniah dan Syabas saya juga kepada sahabat-sahabat pemuda India kerana dapat memberikan sokongan yang jitu kepada BN dalam PRK Merlimau yang lalu.
Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di kasihi sekelian
Keputusan ini bukanlah datang dengan sendirinya tetapi ianya datang dari pemerhatian oleh pengundi muda dalam Jasin tentang kepimpinan kita samaada di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri, tambahan pula dengan penggunaan Media Baru yang lebih mesra di kalangan orang muda.
Justeru itu pergerakan pemuda perlulah mengambil iktibar tentang perkara ini terutamanya dalam soal memilih kepimpinan akan datang. Apa yang mampu pergerakan pemuda hari ini laksanakan adalah cetusan-cetusan idea baru untuk mengembalikan keyakinan pengundi muda kepada UMNO dan BN.
Pada hari ini kita sama-sama akan mencipta sejarah dalam kaedah pemilihan. Seperti mana di PRK Merlimau tempohari saya bersedia untuk jadi tidak popular di kalangan tuan-tuan demi untuk memastikan UMNO semakin kuat di kalangan anak muda melayu. Inilah pengorbanan yang harus kita buat bagi melahirkan ketelusan dalam kepimpinan kerana anak muda di luar sana sedang memerhatikan kita bagaimana kita menguruskan parti yang dapat memartabatkan maruah dan hak orang melayu.
Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di hormati sekelian
Kita juga harus berubah daripada tradisi-tradisi yang tidak menguntungkan parti dan orang melayu di Jasin terutamanya sentimen pantai dan darat yang di gunakan oleh pemimpin untuk mengekalkan kuasa. Pemuda perlu merubah warisan ini dan menjadi agen perubahan yang dapat menyatukan kita dalam membentuk kepimpinan yang lebih mantap kerana cabaran-cabaran akan datang kepada untung nasib orang melayu adalah lebih kritikal di sebabkan pengundi akan datang, tidak akan hanya memberikan fokus kepada politik pembangunan tetapi akan memberikan perhatian serius kepada pembentukan Idealisme perjuangan yang tinggi menjurus kearah pembentukan "Urustadbir " parti dan kerajaan yang baik.
Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di kasihi sekelian
Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyentuh sedikit usul yang di bawa oleh pergerakan pemuda di mana sejarah telah membuktikan pada ketika orang melayu bermasalah dalam parti UMNO pada tahun 1987 rakan-rakan bukan malayu membantu kita mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen dalam pilihanraya tahun berikutnya. Pada 1997 sekali lagi kita di landa krisis kerana pemecatan Anwar Ibrahim, MCA dan rakan-rakan kompenan yang lain membantu kita mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen tetapi apabila mereka bermasalah pada PRU12 tempohari adilkah bagi kita menjatuhkan hukuman kepada mereka.
Tetapi cuba kita lihat kehebatan pemimpin kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin mengatakan " Orang cina perlu membuat pilihan samaada mahu menyokong MCA atau kehilangan wakil dalam kerajaan " dan di sambut oleh YBhg DS Dr Chua Soi Lek presiden MCA mereka tidak akan menyertai kabinet sekiranya MCA gagal dalam PRU13. Inilah jiwa besar yang di tunjuk oleh pimpinan kita bersedia berkorban untuk kepentingan negara.
Inilah garis panduan dan pendekatan yang akan kita gunakan bagi menghadapi PRU13 nanti dalam konteks Pergerakan Pemuda BN Jasin dan saya akan gariskan kaedah-kaedah sepertimana kita memenangi undi orang muda dalam PRK Merlimau dan kita perlu mengenal pasti lebih daripada 10000 pengundi muda lelaki di bawah umur 40 tahun di dalam Parlimen Jasin yang boleh menjadi penentu kemenangan atau kekalahan kita dalam PRU13 nanti dengan kata-kata itu saya sudahi ucapan saya dengan SALAM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment