Wednesday, June 1, 2011

ANTARA JAMBATAN DAN BAKAR JAMBATAN?

Anwar bukan jambatan jalin hubungan dengan DAP

KUALA LUMPUR 31 Mei - Pas menafikan timbulnya isu parti itu memerlukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jambatan untuk menjalin hubungan dengan DAP.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pas, DAP dan PKR sebenarnya adalah saling melengkapi dan saling memerlukan satu sama lain sebagaimana berlaku dalam parti gabungan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Pas memerlukan Anwar sebagai jambatan itu tidak timbul kerana hubungan itu terjalin bersama di mana setiap parti itu saling hormat antara satu sama lain.

''Sebagaimana yang berlaku dalam mana-mana gabungan politik, ia merupakan disiplin yang diamalkan parti yang saling memperlengkapi antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Anwar diperlukan oleh Pas sebagai jambatan dengan DAP kerana dengan cara itu Pas akan dapat ke Putrajaya bersama Anwar serta DAP.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]