Wednesday, June 1, 2011

BERANIKAH PAS BAWA USUL INI?

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

KOTA BHARU 31 Mei - Perwakilan Pas diminta membawa usul khas iaitu membincangkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai salah laku pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 yang akan bermula esok.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar) berkata, kedudukan Anwar dalam pakatan pembangkang perlu diputuskan secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada Pas terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas perlu menyekat pengaruh ketua pembangkang itu dalam parti tersebut kerana tindak-tanduknya akan menghakis dasar perjuangan mereka.

"Saya harap perwakilan Pas melihat perkara ini secara mendalam, lihat di Turki dan Indonesia, pemimpin yang dikaitkan dengan kes peribadi seperti seks semuanya meletakkan jawatan kerana imej mereka sudah tercalar, tetapi Anwar bersikap sebaliknya.

"Perwakilan Pas perlu menilainya kerana parti itu akan mendapat tempiasnya disebabkan rakyat sudah muak dengan sikap Anwar. Jangan biarkan Pas dikuasai oleh pemimpin seperti ini kerana dia hanya memperjuangkan kepentingan peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai golongan pro-Anwar yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi perwakilan Pas pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

Wan Khairul Ihsan berkata, sememangnya wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu pro-Anwar dan golongan ulama yang memperjuangkan dasar Islam dalam parti itu.

"Puak pro-Anwar ini amat rapat dan mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau digunakan sepenuhnya sehingga dalam beberapa isu pendiriannya bertentangan dengan Pas Pusat," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]