‘Dosa’ Mat Sabu terhadap Anwar terhapus? KUALA LUMPUR 17 Jun – Demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan 9 Julai nanti didakwa sebagai sebahagian usaha terancang Mohamad Sabu untuk membersihkan ‘dosanya’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana semua orang tahu bahawa Timbalan Presiden Pas itu pernah melabel Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ sekitar 1990-an, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti homoseksual ketua pembangkang itu. “Mat Sabu adalah orang pertama memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ dan pada ketika itu, ketua pembangkang tersebut belum didakwa atas kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar. “Kenapa secara tiba-tiba dia memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’? Saya yakin Mohamad Sabu cukup mengetahui sebabnya. Tapi, kini suasana berbeza, mereka jadi rakan akrab dan demi membersih ‘dosa’ tersebut, beliau menganjurkan perhimpunan Bersih. “Ini kerana Mohamad Sabu malu untuk mohon maaf secara terbuka kerana dia orang nombor dua Pas. Jadi, Bersih ini diharap mampu jadi pemangkin untuk menawan semula kepercayaan Anwar,” katanya di sini, hari inie |
Saturday, June 18, 2011
ANWAR ATAU GUAN ENG YANG MINTA MAT SABU BERTAUBAT ?
Label:
BERSIH 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment