Sunday, June 19, 2011

DISEBALIK PENGHARAMAN UTUSAN BUAT LIPUTAN.....

Pas haramkan Utusan buat liputan

PPUBJ : Dulu mereka yang perjuangkan kebebasan media,tapi kini apa dah jadi. Adakah kebebasan media itu setakat beri kelebihan kepada parti mereka sahaja....Atau mereka gentar bila ahli-ahli PAS tahu cerita sebenar mereka.....kalau setakat alasan yang diberi itu...mereka juga pernah buat perkara yang sama....

KOTA BHARU 18 Jun — Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya.

Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.

Sementara itu, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) membidas Kerajaan Pas Kelantan yang melarang akhbar Utusan Malaysia membuat liputan pada majlis rasminya.

Timbalan Presidennya, Mohd. Harris Hazri Abd. Halim berkata, tindakan tersebut menunjukkan sikap Pas yang tidak profesional apabila menjadikan media sebagai mangsa politik dan jelas menunjukkan parti tersebut tidak mengamalkan demokrasi.

"Sepatutnya Pas Kelantan lebih bersikap terbuka dan telus kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran negeri melalui akhbar Utusan Malaysia," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]