Friday, June 3, 2011

BERSEDIAKAH PAS MENGANTI UMNO UNTUK DUDUKI PUTRAJAYA ?

Pas diingatkan perlu hati-hati

SHAH ALAM - Pas diingatkan supaya berhati-hati dan jangan terlalu ghairah untuk menawan Putrajaya kerana dibimbangi akan merugikan parti dan Melayu Islam secara keseluruhan.

Wakil Dewan Pemuda Terengganu, Wan Mohd Faizul Abbas berkata, ia adalah kerana Pas perlu meneliti peranan parti terbabit dalam kerajaan sekiranya Kerajaan Pusat berjaya ditumbangkan.

Menurutnya, jika Pas gagal berbuat demikian, ia sekali gus membuka laluan kepada pihak yang hanya mahu mengambil kesempatan di atas kejatuhan kerajaan pusat.

Pas perlu berhati-hati untuk menawan Putrajaya, jangan apabila dapat tawan Putrajaya, Pas hanya dapat Masjid Putra sahaja, sama seperti dalam gambar di poster utama,” katanya pada sesi perbahasan usul Dewan Pemuda di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut mengingatkan Pas sebagai sebuah gerakan Islam ja-ngan hanya mementingkan jawatan wakil rakyat semata-mata sahaja.

Menurutnya, sebagai sebuah gerakan Islam, Pas perlu mementingkan dakwah dan pembangunan insan serta perkara lain.
Jawatan Kosong

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]