1. Demo BERSIH2 yang dirancang pada awal Julai akan menguji sejauhmana keberkesanan dan kecekapan pihak berkuasa menghalangnya. 2. Masalah utama kerajaan kita ialah kita tidak memiliki individu yang hebat untuk menangani penganjuran demo seperti BERSIH ini. Anda boleh cadangkan mereka lakukan Demo BERSIH2 di dalam stadium, namun mereka menjawab ianya bukan pertunjukan. Cuba baca Memoir Lee Kuan Yew, katanya, Tun Razak dan Tun Dr. Ismail, individu yang sangat dihormati dan ditakuti. Kita tidak perlu mencari Umar Al-Khatab, apabila dia marah, syaitan pun bertempiaran lari. 3. Anda memberikan isu merosakkan perniagaan para peniaga, mereka tidak akan peduli, malah Timbalan Presiden PAS yang baru mengatakan tiada yang bankrap selepas demo. 4. Maka, apakah caranya? Ada kuasa tetapi tidak tahu menggunakannya? Berikan jawatan tersebut kepada Mr. Lim Guan Eng, penulis percaya tindakan yang lebih tegas malah berat akan diambil. 5. Perhatikan Singapura, seorang penulis, hanya menulis dan mengkritik pemerintah, dia dipenjara berpuluh-puluh tahun! http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenuliswargaBritaindipenjarakeranahinasistemkehakimanSingapura/Article/pos_art 6. Kesimpulannya, anda perlu lebih tegas, bukan memberi amaran. Rakyat Malaysia perlu hidup dalam suasana harmonis dan aman, bukan demo yang mengganggu lalu lintas, urusan harian dan sebagainya. Kuala Lumpur perlu tenang, gembira dan peacefull. Jika kamu tandus idea, bilang aja, barangkali idea saya boleh digunakan. |
Monday, June 13, 2011
BILA ADA KUASA TAPI TAK TAHU GUNA DI PANGGIL APA?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment