Friday, June 3, 2011

BILA IDEALOGI PKR MERESAPI PEMUDA PAS.....


Pemuda PAS Dibidas Banyak Demonstrasi

June 2, 2011 by Bro Jinggo  
Filed under Berita Sensasi
Pimpinan Dewan Pemuda PAS dibidas kerana lebih banyak mengadakan demostrasi dan mengeluarkan kenyataan media berbanding program untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
Seorang perwakilan dari Jerai, Kedah, Muhamad Ismail, berkata sikap sebegitu tidak akan membolehkan parti itu menawan Putrajaya malah hal berkenaan ditegurnya pada setiap muktamar tahunan.
“Kalau macam ni bagaimana nak tawan Putrajaya. Peruntukan RM3,000 saja untuk program,” katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir Disember 2010, di sini, hari ini.
Perwakilan dari Jerantut Pahang, Abdul Rahman Abdul Malik, berkata terdapat ketua pemuda negeri yang hanya menghadiri mesyuarat ketua-ketua pemuda negeri sekali sepanjang tahun dan ini memberi kesan kepada tanggungjawab ketua pemuda berkenaan.
“Mula-mula tidak hadir bersebab dan berterusan kepada tanpa hadir tanpa sebab,” katanya membahaskan perkara yang sama.
Wakil Perlis, Mior Hassan Sazali Mior Hajar, berkata Pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan berusia antara 35 dan 45 tahun yang mana mereka ini dilihat lebih terpengaruh dengan fahaman ketuanan Melayu-Islam.
“Mereka ini mengambil sikap ‘play-safe’ kerana keadaan ekonomi mereka yang stabil. PAS dilihat terkebelakang berbanding UMNO dalam isu Melayu-Islam ini,” katanya.
Wakil Kedah, Ahmad Izzat Shauki, berkata walaupun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir sehingga kini belum ada penumpuan khusus yang dimaklumkan kepada pemuda

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]