Tindakan perhimpunan haram Bersih pada 9 hb Julai 2011, diikuti pula dengan perhimpunan PERKASA dan juga Pemuda UMNO akan menghimpunkan orang Melayu dengan Melayu. Jika himpunan ini dapat beri kebaikan kepada orang Melayu secara keseluruhannya tentulah lain ceritanya. Sebaliknya perhimpunan ini menemukan dua kumpulan yang bertentangan. Satu puak menuntut apa yang mereka katakan kebebasan dan keadilan manakala satu pihak lagi akan mempertahankan apa yang sedia ada. Dalam keadaan yang bertentangan sudah pasti ianya tidak ada jaminan bahawa masing-masing dapat mengawal hati dan perasaan. Lebih-lebih lagi ianya menyebabkan bertembungnya 2 kumpulan parti politik yang bertentangan. Lebih-lebih lagi orang muda yang cepat naik darah bila mereka dilemparkan dengan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati. Siapa yang boleh tahan , beb? Tidakkah pihak dan individu yang beriya-iya nak mengadakan himpunan ini terfikir akan kesannya nanti. Cuba bayangkan bila Melayu bertemu Melayu apa akan kesudahannya? Buka minda dan hati anda untuk menyertai himpunan haram ini>>> your stuff here |
Thursday, June 23, 2011
BILA MELAYU BERTEMU MELAYU....APA KESUDAHANNYA?
Label:
BERSIH 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment