Monday, June 27, 2011

NEGERI MAJU : PERLUKAN PEMIMPIN SIHAT MINDA DAN FIZIKAL...

Put your here
2,500 hadiri pelancaran kelab basikal

MELAKA 26 Jun - Kira-kira 2,500 peserta mewakili 28 kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) di sini akan menyertai pelancaran penubuhan Kelab Basikal DUN pada 9 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kumpulan tersebut juga akan berbasikal secara serentak sebagai simbolik pelancaran penubuhan Kelab Basikal DUN.

Menurutnya, program yang akan berlangsung di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Kawasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bukit Baru bakal disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

''Setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan menghantar sekurang-kurangnya 100 peserta mewakili DUN mereka," katanya di sini, baru-baru ini.

Katanya, penubuhan Kelab Basikal DUN bertujuan mewujudkan kesedaran dan menyemai minat dalam kalangan masyarakat khususnya belia terhadap penjagaan kesihatan melalui aktiviti berbasikal.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]