Thursday, June 9, 2011

BILA "UMAR ABD AZIZ" NAIK MASJID ?


Pilihanraya Masjid Satu Lagi Usaha Pecah Belahkan Umat Islam

MELAKA, 8 Jun – Parti pembangkang digesa tidak masuk campur terhadap pengurusan institusi masjid bagi mengelakkan ideologi politik bercampur aduk dengan pengurusan agama Islam di negara ini.
Ketua Menteri Melak, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kesemua urusan institusi masjid perlu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing.
“Saya tidak percaya campurtangan politik boleh membawa kebaikan kepada institusi masjid,” katanya  selepas merasmikan majlis penutup Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke-7 di Bukit Serindit di sini, Selasa.
Mohd Ali diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP menggunakan sistem pengundian dalam kertas ala pilihan raya bagi memilih jawatankuasa masjid pada pertengahan tahun ini.
Beliau berkata pemimpin bukan beragama Islam dan parti yang tidak memperjuangkan Islam sepatutnya tidak masuk campur terhadap pengurusan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Katanya dalam Barisan Nasional, pemimpin beragama Islam tidak mencampuri malah amat menghormati urusan agama lain.
Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, bimbang pilihan raya itu bakal mempunyai ‘sesi berkempen’ yang ditakuti akan memecah belahkan umat Islam di Pulau Pinang.
Beliau juga turut bimbang sekiranya negeri di bawah parti pembangkang lain mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]